:ILTIZAM UKHUWWAH

.::Utamakan ISLAM daripada segala-galanya di atas muka bumi ini::.

 
 
 

 
     
   
       
     
  'Serulah (manusia) ke jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang Maha Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (An Nahl: 125)   Sabda Rasulullah S.A.W: 'Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.' (Bukhari & Muslim)        
 

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Assalamualaikum....... Ana adalah seorang insan yang sederhana dan tidak mempunyai sebarang kelebihan yang dapat dibanggakan dan dilebihkan dari saudara-saudara sekalian. Ana hanyalah seorang hamba yang bergantung kepadaNYA dalam setiap urusan hidup..... tidak layak mengatakan bahawa 'aku mampu hidup tanpa bantuan dariNYA'. Bahkan kita semua adalah makhluk yang bergantung hidup kepadanya. Cuba kita fikirkan..... Betapa banyak nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita seperti mata, telinga, hidung, mulut dan anggota badan lainnya....... dan juga nikmat-nikmat lain seperti nikmat udara, bumi tempat berpijak, air yang menghilangkan dahaga, semuanya tidak ternilai harganya...... siapakah yang mampu mencipta udara? atau air? atau anggota badan yang fungsinya sesempurna anggota badan yang dicipta oleh Allah S.W.T? Dan DIA hanya meminta kita melaksanakan beberapa tuntutan kecil sahaja yang faedahnya kembali kepada kita sendiri, bukannya kerana DIA memerlukan kita melakukan semua itu. Allah S.W.T tidak berhajat kepada segala sesuatu...... Fikirkanlah saudara...........

View my complete profile

 

 

 


Link Maklumat Islamiah
Al-Islam.com
Islam Online
IslamWay
E_Ulama
Back to Islam
Islamic Finder
Darul Nu'man
MuslimSources
Maha Suci Allah
Muttaqun.com
ArtIslamic
Online Dictionary


Link Portal Islamiah
IKIM
ABIM
Nurhidayah
Al-Ahkam.net
Musleem.com
MyQalam.net
Radio Tarbiyah


Link Khas Maahadian
Komuniti Khas Bekas Pelajar Maahad
AMAL Network
Laman Web Rasmi SMU(A)MML Kota Bharu
Laman Web Rasmi SMU(A)MMP Kota Bharu
Maahadianz


Link Komuniti Nasyid:-
Komuniti Saff-one Friendz
Komuniti Sahabat Firdaus
Komuniti Sahabat FarEast
Komuniti Sahabat Hijjaz
Komuniti Ukhwah
Komuniti Jalinan Mesra
Komuniti Jalinan.com
TelagaBiru.com
Nasyeed.com
Nasyid.com


Link Kumpulan Nasyid
Raihan
Rabbani
Saujana
Hijjaz
Firdaus
Durrani
Tazakka
Nur Irsyad
Lirik Nasyid


Link Simpan Gambar & HTML Guide
MyPicGallery(jpg)
Quizilla(jpg/gif)
PictureVillage(jpg/gif)
EseePhoto(jpg)
ImageStation(jpg)
EseePhoto(jpg)
ImageShack(jpg/png/gif/bmp/tif/swf)
HTMLBasix
ColorCube


::::Link Khas::::
Harun Yahya Website
Alwan Comics
Animated GIF Tutorial
Games link


 

 

Enter your email address below to subscribe to
.:IltiZam UkhuWWah:.!

Bloglet.com

 
 
Powered by Blogger

 

   

Monday, July 24, 2006

Pengorbanan Teman Sejati

“Assalamualaikum Imam. Saya saudara kamu, Adam”, seorang lelaki Irish menghulurkan tangan kepada saya selepas selesai bersolat Jumaat di masjid.

“Wa ‘alaikum al-Salaam. Apa khabar? Awak orang baru di sini?”, saya bertanya kepadanya.

Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Adam (bukan nama sebenar – penulis), atau nama sebelum Islamnya John. Beliau baru sahaja pulang ke Ireland dari Jordan dan tengah hari ini, kami dipertemukan buat pertama kali.

Adam memeluk Islam dua tahun yang lalu. Beliau berasal daripada sebuah bandar di utara Belfast.

“Saya ada satu perkara yang ingin saya tanya kepada Imam, bolehkah?”, Adam menyoal saya.

“Tentu sahaja. Itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab saya. Tanyalah, tiada apa yang perlu dirisaukan.”, saya memberi laluan kepada Adam untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

“Imam pernah tak membaca atau mengkaji tentang seorang tokoh bernama Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah?”, Adam memulakan perbincangan.

“Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya memang ada membaca hasil tulisannya. Seorang yang bagus kerana teguh memelihara al-Quran serta Sunnah yang sahih. Dalam masa yang sama, tinggi pula sentuhannya terhadap tarbiyah hati. Kenapa awak tanya begitu?”, saya cuba mendapatkan kepastian.

“Tentunya seorang yang hebat, adalah hasil didikan gurunya yang hebat. Betulkah begitu, Imam?”, tanya Adam lagi.

“Awak ingin bertanya tentang Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah ke?”, saya menyoal Adam dengan senyuman.

Adam tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

“Tentu sekali Ibn Taimiyyah seorang yang hebat. Banyak juga bukunya yang saya baca semasa belajar di Jordan. Alhamdulillah, banyak perubahan yang berlaku kepada pemikiran saya sebab tulisan-tulisan Ibn Taimiyyah bukan sahaja sarat dengan fakta, tetapi ia juga mengubah cara kita berfikir. Mungkin sebab itu, dia dianggap menongkah arus zamannya”, saya cuba berkongsi pendapat dengan Adam tentang Ibn Taimiyyah.

“Jadi, Imam seorang Salafi?”, Adam memperlahankan suara sambil mengurut janggutnya yang diinai.

“Jika diambil istilah itu, mungkin pelbagai persepsi yang timbul. Namun, saya mengutamakan apa menepati al-Quran dan Sunnah yang sahih. Saya dibesarkan di dalam lingkungan mazhab Syafie, dan antara hasil didikan Syafie, saya diingatkan supaya sentiasa mengutamakan apa yang terbukti pada Sunnah yang sahih. Kalau begitu, saya ini Salafikah, Adam?”

Adam ketawa kecil dan memeluk saya. Beliau menjelaskan bahawa semasa khutbah Jumaat tadi, dia mendengar saya menyebut tentang Salafussoleh. Terdetik pula di hatinya untuk mengetahui tentang pendirian saya.

Saya amat mengagumi sopan santun Adam. Beliau tahu yang isu Salaf vs. Khalaf ini sebagai sesuatu yang sensitif. Sebab itu beliau bertanya tentang Ibn Taimiyyah melalui soalan tentang anak muridnya Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah.

Kata Adam, dia lebih selesa dengan pendekatan Salafi yang menonjolkan otoriti al-Quran dan al-Sunnah, berbanding pendekatan lain yang terlalu banyak menyebut nama Ulama semata-mata. Katanya, sebagai bekas penganut Kristian, ada semacam satu trauma dalam dirinya.

PESAN DENGAN BENAR & SABAR


Kristian telah binasa kerana agamanya adalah agama Ulama mereka.
“Saya semacam menanggung rindu semasa beragama Kristian. Saya rindu untuk mendengar perkataan Tuhan dan saya rindu untuk membaca perkataan Isa bin Maryam. Tetapi semua yang ada di dalam Bible, tiada yang dari Tuhan, tiada yang dari Rasul-Nya. Yang ada hanya kata-kata paderi, rahib dan sekalian ruhban yang menyelewengkan ajaran Tauhid”, Adam begitu yakin ketika mengungkapkan ayat-ayatnya

“Tiba-tiba, apabila saya memeluk Islam, saya tidak suka apabila al-Quran dan al-Sunnah tenggelam oleh pendapat-pendapat Ulama. Pegang ini kerana ulama ini berkata begini, pegang begitu kerana ulama itu berkata begitu. Habis, Quran kata apa? Muhammad kata apa?”, pipi adam merah seperti menahan marah.

Sukar untuk saya membuat sebarang komen. Namun, ada benarnya pada apa yang diluahkan oleh Adam. Golongan Kristian yang memeluk Islam, secara common sense, lebih cenderung kepada aliran Salafi yang berjaya menonjolkan bahawa Islam ini adalah agama Allah dan Rasul.

“Apa yang kamu suarakan itu betul, Adam. Cuma, pendapat Ulama tidak boleh diketepikan dalam memahami nas al-Quran dan al-Sunnah. Kita yang ilmu tak seberapa ni tak mampu nak menyelongkar keluasan nas Islam tanpa suluhan Ulama. “, saya cuba mengimbangi apa yang difikirkan oleh Adam.

“Saya faham tentang itu. Saya tidak menolak Ulama. Cuma, kalau selepas Muhammad memutuskan sesuatu secara terang dan nyata, perlukan kita bertanya, habis pandangan Imam so and so bagaimana pula? Ini paradigma Kristian!”, kata Adam.

Hmm, saya hilang perkataan. Hanya mengangguk sambil tersenyum.

Waktu Asar telah masuk.

Musim sejuk di Belfast memang ekstrim jadual solatnya. Setiap hari, perbezaan waktu solat boleh mencecah 2 minit. Dan hari ini, solat Asar masuk pada jam 2:15 petang. Saya mengimamkan solat Asar petang itu dengan jumlah jemaah yang hampir sama dengan solat Jumaat tadi. Memang menjadi kebiasaan, ramai anggota jemaah akan menunggu hingga selesai solat Asar sebelum beredar meninggalkan masjid.

Selepas solat Asar, saya menyambung perbualan saya dengan Adam. Walaupun tutur dan raut wajahnya begitu lembut, tetapi saya bagai dapat mengesan ada suatu prinsip diri yang kuat dan keras di sebalik setiap patah perkataan Adam.

“Dulu, saya dan dua lagi rakan dianggap sebagai pelajar bermasalah. Kami sentiasa memberontak semasa di sekolah. Semua perkara kami tidak setuju. Mungkin semua itu berpunca dari jiwa kami bertiga yang tidak tenteram. Bagai ada sesuatu yang tidak kena dalam hidup ini”, Adam memulakan cerita tentang latar belakang keIslamannya.

“Kamu mencari tujuan hidup?”, saya bertanya.

“Mungkin. Namun, kami bertiga akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. Kami bekerja dan gigih mengumpul wang. Selepas setahun, saya dan kawan-kawan mengembara ke arah Timur. Perjalanan kami merentasi Continent dan akhirnya tiba di Turki”, kata Adam.

“Di Turki, kami bertemu dengan pelbagai kejutan. Selama ini saya beranggapan bahawa orang Turki ini ganas. Pantang nampak orang Barat, mesti mahu dipancung. Itu yang kami belajar di sekolah. Tetapi semasa di Turki, saya berasa amat terharu kerana tidak pernah seumur hidup, kami bertemu dengan manusia yang begitu memuliakan tetamu dan menghargai diri kami.”, Adam bercerita sambil jarinya memintal-mintal benang sejadah.

“Ya, saya faham apa yang kamu maksudkan. Saya sebagai seorang Muslim, turut jatuh hati dengan Turki, kesan kemuliaan terhadap tetamu mereka yang tiada tolok bandingnya. Lantas apa yang berlaku selepas itu, Adam?”, saya mahu terus mendengar ceritanya.

Adam memberitahu bahawa, selepas beberapa minggu mereka di Turki, mereka terasa semacam ada perubahan kepada diri. Mereka seolah-olah bertemu dengan ketenangan yang dicari selama ini.

“Selepas pulang ke England, kami bertiga pergi ke Regent Mosque di London dan di situlah kami bertiga melafazkan syahadah!”, Adam mengangkat wajahnya kepada saya dan matanya merah menakung tangis.

“Segala puji bagi-Mu ya Allah”, saya mengangkat tangan menadah puji untuk-Nya.

Ya, kembara mereka bertiga adalah kembara mencari makna hidup. Keresahan yang Allah campakkan ke dalam jiwa mereka adalah seperti pemaksa agar mereka keluar dari kehidupan yang gelap kepada kecerahan Iman.

“Mana sahabat kamu yang berdua lagi tu, Adam?”, saya bertanya.

Adam diam dan matanya redup membendung sesuatu. Mendung luar menambahkan keheningan kami yang tinggal berdua di mihrab masjid. Jemaah lain sudah pulang ke rumah masing-masing atau ke tempat kerja semula.

“Inilah yang ingin saya bincangkan bersama kamu, Imam”, Adam menjawab.

“Tentu sekali. Apa yang berlaku?”, saya menyoalnya.

“Selepas kami ‘kembali’ kepada Islam, saya dan dua lagi rakan berbincang tentang masa depan kami. Masing-masing mahu melakukan sesuatu yang besar atas kepulangan kami kepada Islam”, Adam bercerita.

Istilah REVERT yang memberi makna ‘kembali pulang’ adalah istilah yang lebih suka digunakan oleh masyarakat Barat yang memeluk Islam. Mereka tidak suka menggunakan perkataan CONVERT kerana ia mempunyai persepsi yang negatif seolah-olah Islam ini mengubah seorang manusia dari satu kepercayaan kepada kepercayaan yang lain. Walhal, memeluk Islam itu sebenarnya adalah kembalinya manusia itu kepada fitrah, acuan Allah yang datang bersama kelahiran setiap insan.

“Jonathan membuat keputusan untuk membuat kerja-kerja dakwah di Afrika. Kevin pula membuat keputusan untuk ke negara Arab dan menuntut ilmu.”, kata Adam.

“Dan kamu, Adam?”, saya tertanya-tanya.

“Ya, saya masih di sini. Jonathan dan Kevin sama seperti saya, kami bimbangkan ibu bapa kami. Kami tidak mahu mereka kehilangan kami. Bahkan kami amat mengharapkan supaya mereka juga mendapat petunjuk Allah dan memeluk Islam.”, Adam memberikan penjelasan.

“Jadi, kamu semua batalkan hasrat masing-masing?”, saya ingin mendapatkan kepastian.

“Tidak. Kevin sekarang ni sudah setahun belajar di Yaman. Dan Jonathan... dia sudah selesai perjalanan di dunia ini. Meninggal dunia kerana sejenis penyakit berjangkit yang menimpanya semasa di Afrika. Apakah itu syahid, Imam?”, kata Adam kepada saya.

Allahu Akbar! Terkejut saya mendengar cerita Adam itu. Perasaan saya bercampur baur di antara bangga, kagum, sedih dan malu. Saya berasa kagum dengan cerita Adam kerana ia mengingatkan saya kepada perihal ahli sihir Firaun. Paginya mereka kufur, tengah hari mereka beriman dan petangnya pula syahid mempertahankan harga iman. Rahmat Allah ke atas Jonathan, baru setahun dua memeluk Islam, sudah pulang kepada yang Esa dengan hati yang sejahtera. Tidak sempat dicemar dosa. Kevin pula membuktikan bagaimana seorang yang mencari Islam, akan tahu harga Islam. Tidak seperti mereka yang diberi Islam umpama kebanyakan kita.

Kerana diberi, kita mudah lupa harga pemberian itu. Mudah juga membuangnya. Jika ahli sihir Firaun kufur di pagi, beriman di tengah hari, dan syahid menjelang petang, bagaimana pula dengan umat Islam? Paginya beriman, tengah harinya tersasar. Dan ketika dunia ini merangkak ke senja umur, ramai pula yang berbondong membuang agama.

“Itulah yang menyedihkan saya Imam. Mereka berdua sudah berjaya membuktikan keIslaman mereka. Namun saya masih di sini.”, Adam sugul menyuarakan kekecewaan hatinya.

“Kenapa Adam masih di sini?”, saya bertanya.

“Sebelum kami berpisah, saya telah bersetuju memikul amanah menjaga ibu bapa kami bertiga. Itulah rutin saya sekarang. Sekali sekala saya ke rumah keluarga Kevin dan Jonathan untuk menghilangkan sunyi ibu bapa mereka terhadap anak masing-masing.

Dan sehingga kini, saya masih belum tergamak memberitahu orang tua Jonathan, yang anak mereka sudah tiada”, Adam mengesat air mata yang mengalir perlahan di pipinya.

Terkejut saya mencapai puncak. Jadi kaget dan hilang bicara.

“Adam, sedarkah awak bahawa awak adalah yang terbaik di kalangan mereka?”, saya mahu Adam melihat keadaan ini dengan pandangan yang betul.

“Kenapa Imam kata begitu?”, Adam seperti terkejut.

“Saya percaya Adam tentu tahu dan faham, bahawa tanggungjawab memelihara ibu bapa adalah tuntutan yang amat besar di dalam Islam. Ia tidak mengenal soal perbezaan agama. Kerana Adam, Kevin dapat pergi menuntut ilmu di Yaman. Kerana Adam, Jonathan meninggal dunia sebagai pendakwah. Memang menuntut ilmu itu indah, memang syahid itu mulia. Tapi apakah yang mahu dicari pada ilmu dan syahid itu?”, saya menyoal Adam.

“Semua itu kita lakukan kerana mencari keredhaan Allah. Betul tak?”, soalan saya disambut Adam dengan angguk tanda setuju.

“Ya Adam. Keredhaan Allah ada pada menuntut ilmu. Keredhaan Allah juga ada ada pada dakwah dan jihad. Namun, jangan lupa betapa besarnya keredhaan Allah pada berbuat baik kepada ibu dan bapa. Mulianya kamu bertiga, Adam!”, saya tenggelam dalam sebak dada menyaksikan seorang insan bernama Adam yang baru setahun dua lahir ke dunia Iman dan Islam, namun sudah jelas dan tepat arah hidupnya.

Saya menasihati Adam supaya teguh bersabar melaksanakan janjinya kepada Kevin dan Jonathan. Sesekali memang datang rasa jemu, rasa cemburu dan rasa seolah-olah diri jauh tercicir di belakang. Namun, saya cuba meniup semangat kepada Adam, agar perasaan seperti itu dapat dipujuk pada nilai dan harga, memelihara kebajikan ibu dan bapa, walaupun berbeza cara hidup, berlainan kepercayaan.

“Saya pernah ke Jordan. Cuba-cuba untuk belajar tentang Islam dan menadah curahan ilmu dari ulama’ di sana. Tetapi hati saya sentiasa resah memikirkan amanah dan janji saya kepada Kevin dan Jonathan. Saya pulang ke Ireland”, kata Adam.

“Saya tidaklah seperti ilmuan di Jordan. Tetapi selama kamu di Belfast ini, Adam, izinkan saya untuk membantu kamu”, saya menepuk bahunya.

“Terima kasih Imam. Doakan saya...”, Adam berpisah dengan saya di pintu masjid. Dia pulang ke rumah bertemu kedua orang tuanya.

Pagi Jumaat ini rindu saya kepada perbualan petang Jumaat itu mencengkam hati. Doa saya buat Adam, pada ukhuwwah antara benua. Salam ingatan...

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com/
56000 Cheras 26 Mei 2006

Fatwa Kedoktoran

Pertanyaan-pertanyaan berikut ini cukup menggoda fikiran doktor-doktor muslim, khususnya yang bertugas di negara non-lslam. Maka dalam hal ini, kami memerlukan jawapan secara singkat agar mudah merincinya.


A. Wanita dan Kelahiran
Pertanyaan: Apa yang harus diucapkan saat bayi dilahirkan?
Jawapan: Diazani pada telinga kanannya seperti azan untuk shalat, sebagaimana yang dilakukan Nabi saw. ketika Hasan anak Fatimah dilahirkan, agar kalimat pertama yang masuk ke telinganya adalah kalimat takbir dan tauhid.

Pertanyaan: Apakah bayi yang gugur wajib dishalati?
Jawapan: Bayi yang gugur tidak perlu dishalati kecuali jika ia lahir dalam keadaan hidup, meskipun hanya beberapa minit.

Pertanyaan: Sebahagian orang beranggapan bahawa menggugurkan kandungan diperbolehkan asalkan janin belum berusia tiga bulan. Apakah pendapat ini benar? Apa yang harus dilakukan orang yang membantu menggugurkan kandungan yang belum berusia tiga bulan, kalau pada waktu itu ia belum mengerti hukumnya? Apakah ia harus membayar kafarat pembunuhan suatu jiwa kerana perbuatannya itu?
Jawapan: Pada dasarnya --menurut pendapat yang saya pandang kuat-menggugurkan kandungan tidak diperbolehkan kecuali kerana udzur. Apabila dilakukan sebelum kandungan berusia empat puluh hari, maka hal itu masih ringan, lebih-lebih jika udzur (alasannya) kuat. Adapun setelah kandungan berusia lebih dari empat puluh hari yang ketiga (yakni 120 hari) maka tidak boleh digugurkan sama sekali.

Pertanyaan: Bagaimana hukum memasang alat-alat kontrasepsi pada wanita dan laki-laki untuk mencegah kehamilan, baik terhadap kaum muslim mahupun terhadap orang nonmuslim?
Jawapan: Tidak boleh, kerana hal itu bererti mengubah ciptaan Allah, serta termasuk perbuatan dan penghias syaitan. Kecuali dalam keadaan sangat darurat, misalnya jika kehamilan membahayakan si ibu, sedangkan cara penanggulangan lainnya tidak ada. Maka hal ini merupakan darurat individual yang jarang terjadi, dan diukur dengan kadarnya, serta tidak boleh dijadikan kaedah umum.


B. Masalah Amaliah
Pertanyaan: Bolehkah melakukan shalat sementara di pakaian terdapat darah?
Jawapan: Boleh, apabila darahnya hanya sedikit, atau sukar dibersihkan, kerana menurut kaedah: "segala sesuatu yang sulit dipelihara, maka ia dimaafkan."

Pertanyaan: Bolehkah melakukan shalat jika kesulitan mengetahui arah kiblat?
Jawapan: Apabila ia telah berusaha mencarinya tetapi belum juga dapat mengetahui arah kiblat, atau yang mendekatinya, maka bolehlah ia menghadap ke arah mana saja. Dalam hal ini Allah berfirman:
“Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemana pun kamu menghadap, disitulah wajah Allah ...” (al-Baqarah: 115)

Pertanyaan: Bagaimana hukum menjama' shalat apabila seorang doktor sangat sibuk misalnya ketika menghadapi persalinan?
Jawapan: Dia boleh menjama shalat zuhur dengan asar, atau shalat magrib dengan shalat isya', baik dengan jama taqdim mahupun jama ta'khir, mana yang dianggap mudah baginya, iaitu dengan jama saja tanpa diqashar. Memperbolehkan menjama kerana udzur adalah mazhab Imam Ahmad, berdasarkan hadis Ibnu Abbas dalam kitab sahih (Muslim) .

Pertanyaan: Bagaimana hukum mengusap kaos kaki?
Jawapan: Enam belas orang sahabat Nabi saw. Memperbolehkan mengusap kaos kaki dengan syarat pada waktu memakainya harus dalam keadaan suci. Orang yang mukim (berdomisili di kampung halaman) boleh mengusap kaos kaki selama semalam, dan bagi musafir selama tiga hari tiga malam.

Pertanyaan: Bagaimana cara mandi jinabat apabila terdapat air tetapi tidak dijumpai tempat untuk mandi, misalnya setelah persalinan?
Jawapan: Dalam kondisi seperti ini air dianggap tidak ada menurut hukum, meskipun sebenarnya ada, sebab yang dijadikan acuan ialah dapat mempergunakannya. Sedangkan dalam kondisi seperti ini kemampuan untuk mempergunakannya tidak ada. Oleh kerana itu bolehlah ia bertayamum.

Pertanyaan: Bolehkah melakukan shalat di sekitar pancuan air jika hanya tempat itu satu-satunya tempat yang cocok, khususnya di negara-negara Barat?
Jawapan: Keadaan darurat mempunyai hukum tersendiri. Dalam suatu hadis Rasulullah saw. bersabda: "Dan bumi itu dijadikan untukku sebagai tempat sujud (tempat shalat)." [HR Bukhari dalam "ash-Shalah," juz 1, hlm. 533, hadis nombor 438; dan Muslim dal "al-Masajid," juz 1, him.370, hadis nombor 521 dan 522.]

Pertanyaan: Apakah bersentuhan dengan suster (perawat atau doktor perempuan) sebagaimana yang biasa terjadi membatalkan wudhu, lebih-lebih jika wanita itu musyrikah?
Jawapan: Menurut pendapat yang rajih (kuat), bersentuhan dengan wanita tanpa syahwat tidaklah membatalkan wudhu.

Pertanyaan: Apa yang harus dilakukan oleh doktor muslim apabila tampak olehnya bahawa temannya atau direkturnya menghisap/meminum benda-benda memabukkan?
Jawapan: Menggunakan metode yang paling bijaksana dan paling lemah-lembut untuk menghilangkan kemunkaran tersebut, menurut kemampuannya, dan hendaklah ia menganggap dirinya sedang menghadapi pasien yang menderita penyakit tertentu. Di samping itu, hendaklah meminta tolong kepada setiap ahli fikir agar dapat memecahkan masalah tersebut secara bijak.

Pertanyaan: Apa yang menjadi kewajipan kita dalam menghadapi masalah menutup aurat orang sakit dan anggota tubuhnya yang terbuka bukan dalam keadaan darurat, apakah kita menganjurkan kepadanya?
Jawapan: Ini merupakan sesuatu yang wajib disebarluaskan agar diketahui setiap muslimah dan dilakukan mana yang lebih positif, kecuali dalam keadaan darurat, meskipun kebolehan kerana darurat haruslah diukur dengan kadar kedaruratannya.

Pertanyaan: Bagaimana hukum mempergunakan alkohol yang bersih untuk kulit?
Jawapan: Tidak apa-apa, ia bukan khamar yang diharamkan, kerana khamar sengaja disiapkan untuk diminum. Dalam hal ini ada fuqaha yang menganggap najisnya khamar adalah najis maknawiyah, bukan najis hissiyyah (menurut pancaindra), dan ini merupakan pendapat Rabi'ah --guru Imam Malik-dan lain-lainnya. Dalam kaitan ini, Lembaga Fatwa di al-Azhar sejak dulu memperbolehkan penggunaan alkohol untuk kepentingan tersebut. Adapun Sayid Rasyid Ridha mempunyai fatwa yang terinci dan argumentatif tentang kebolehannya. Silakan
mengkaji fatwa-fatwa beliau.


C. Pada Waktu Seseorang Meninggal Dunia
Pertanyaan:
1. Apa yang harus diucapkan terhadap orang sakit yang hampir meninggal dunia?
2. Apa yang harus diucapkan terhadap keluarganya untuk menyabarkan mereka?
3. Apa yang harus dilakukan doktor tepat ketika si sakit meninggal dunia?
4. Bagaimana hukum transplantasi (pencangkokan) organ tubuh dari orang hidup atau dari orang mati?
5. Apakah definisi mati "ketika si sakit masih bernapas dengan pernapasan buatan dan jantungnya masih berdenyut hanya kerana perantaraan ubat perangsang," bererti kematian bahagian utama otak (brain stem) sebagaimana yang ditetapkan doktor-doktor dari Barat?
Jawapan: Saya telah menjelaskan masalah-masalah yang ditanyakan di atas dalam fatwa-fatwa sebelum ini, kerana itu dipersilakan membacanya kembali. [Lihat fatwa tentang "Eutanasia," "Seputar Pencangkokan Organ Tubuh," serta "Hak dan Kewajipan Keluarga dan Teman-teman Si Sakit."]


D. Beberapa Pertanyaan Umum
Pertanyaan: Bagaimana jalan keluarnya apabila seorang doktor pria berduaan dengan pasien wanita atas permintaan pasien tersebut?
Jawapan: Duduk bersamanya dengan pintu tetap terbuka, dan menundukkan pandangan.

Pertanyaan: Dalam suatu kongres kedoktoran ada salah seorang peserta yang mengemukakan pendapat yang aneh-aneh tentang penciptaan jagad raya ini. Apakah pendapat seperti itu wajib disanggah ataukah didiamkan saja?
Jawapan: Hal itu terserah kepada kemampuan dan kebijakan si muslim, kerana pada suatu saat meluruskan dan memberikan komentar terkadang ada manfaatnya, tetapi pada saat yang lain kadang-kadang tidak ada gunanya; terkadang diperkenankan dan kadang-kadang tidak diperkenankan. Hal ini memang merupakan suatu bencana yang sudah kita kenal diantara bencana-bencana yang ditimbulkan kaum materialis terhadap ketetapan-ketetapan ilmu alam yang jauh dari sentuhan iman.

Pertanyaan: Bagaimana hukum bermuamalah (bergaul) dengan pemeluk agama lain, sejak memulai salam dan lainnya, baik di timur mahupun di barat, sementara diantara mereka ada yang menjadi direktur kami?
Jawapan: Allah berfirman --ketika mengambil janji kepada Bani Israil:
“... dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia ...” (al-Baqarah: 83)
Dia pun berfirman mengenai sesuatu yang disyariatkan-Nya kepada kaum muslim.
“Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, 'Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar) ...” (al-Isra': 53)
Diantara perkataan yang baik atau yang lebih baik ialah mendahului menyapanya dengan sapaan yang sesuai dan mempergauli mereka secara baik. Hal demikian bahkan dapat dianggap sebagai wasilah dakwah kepada mereka.

Pertanyaan: Apa yang wajib dilakukan seorang doktor mengenai pemerkosaan jika ia mengetahui pelakunya? Apakah ia harus memberitahukannya kepada keluarga si wanita dengan menceritakan keseluruhannya ataukah menutupinya?
Jawapan: Hal ini berbeza-beza sesuai dengan Perbezaan lingkungan dan kondisinya, sebab seorang mukmin haruslah cerdas dan cekatan (pandai membaca keadaan dan menyikapinya).

Pertanyaan: Bagaimana hukum duduk di tempat pertemuan yang dihidangkan khamar di sana, sementara tempat itu merupakan satu-satunya tempat yang penuh dengan makanan, dan pertemuan itu diselenggarakan sehari penuh?
Jawapan: Seorang muslim harus berusaha menghindarinya sedapat mungkin, mengingat hadis syarif yang berbunyi:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah ia duduk di depan meja yang dihidangkan khamar padanya." [HR Tirmidzi dalam "al-Adab," juz 5, hlm. 104, hadis no. 2801, dan beliau berkata, "Hasan gharib."]
Kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Allah berfirman:
“... sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepadamu apa yang diharamkan-Nya atas kamu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya ...” (al-An'am: 119)

Pertanyaan: Dalam situasi tertentu, suatu kelompok rahasia tidak dapat mengumpulkan anggotanya kecuali di bar -seminggu sekali-- untuk mengkaji berbagai situasi dan kondisi, dengan alasan bahawa tempat tersebut jauh dari udara rumah sakit. Mereka adalah para pemimpin muslim, sedangkan si anggota perlu membantu mereka untuk merencanakan kegiatan pada masa mendatang. Nah, apakah dia harus memutuskan hubungan dengan mereka ataukah harus pergi bersama mereka dengan terpaksa?
Jawapan: Orang muslim adalah mufti bagi dirinya sendiri dalam persoalan-persoalan tertentu, dia mengetahui mana yang dianggap darurat dan mana yang bukan darurat. Sedangkan orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah.

Pertanyaan: Ikut serta dalam berbagai acara/resepsi di rumah sakit berkenaan dengan hari ulang tahun dan tahun baru. Bagaimana hukum menghadiri acara-acara tersebut, atau mengirimkan kartu ucapan selamat kepada direktur dan handai taulan, atau menjawab ucapan selamat ulang tahun atau tahun baru?
Jawapan: Bersikap baik terhadap mereka cukup dengan menggunakan kartu dan sejenisnya, tidak usah menghadirinya, kecuali jika kehadiran tersebut membawa kemaslahatan bagi Islam dan kaum muslim.

Pertanyaan: Bila seseorang berpuasa pada waktu sebelum ujian atau pada waktu ujian yang kadang-kadang memakan waktu 18 atau 20 jam, maka dalam hal ini bolehkah ia berbuka?
Jawapan: Sepatutnya seorang muslim makan sahur dan berniat puasa lantas mencuba. Jika ia mampu melakukannya, maka alhamdulillah; dan jika merasa sangat berat hendaklah ia berbuka dan mengqadhanya setelah itu. Dalam mengakhiri ayat yang mewajibkan puasa, Allah berfirman:
"... Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu ..." (al-Baqarah: 185)

Pertanyaan: Menyebut-nyebut teman mengenai keadaannya yang tidak disukai sering terjadi di rumah-rumah sakit, misalnya perkataan "dia doktor yang lamban atau bodoh," meskipun pembicaraan seperti itu kadang-kadang untuk kebaikan kerja yang bersangkutan. Apakah hal itu diperbolehkan? Dan apa yang harus dilakukan oleh doktor yang masih muda-muda ini bila yang melakukan ghibah tersebut adalah direkturnya, haruskah menasihatinya atau diam saja?
Jawapan: Bezakanlah antara ghibah dengan kritik. Yang termasuk bab ghibah adalah haram hukumnya, sedangkan yang termasuk bab kritik, maka memberi nasihat dalam kritik ini harus dilakukan dengan lemah lembut dan menurut kadar kemampuannya.

Pertanyaan: Apakah ada Perbezaan menurut hukum antara menyebut aib orang muslim dengan orang nonmuslim, atau menasihati orang muslim dengan orang nonmuslim?
Jawapan: Islam memelihara dan menjaga kehormatan manusia siapa pun orangnya, muslim atau nonmuslim. Hanya saja kehormatan orang muslim lebih besar, dan kehormatan orang yang mempunyai hak yang lebih besar itu lebih besar lagi, misalnya kedua orang tua, sanak keluarga, tetangga, dan guru.

Pertanyaan: Bagaimana hukum menunda giliran (mendatangi isteri) hingga selesainya ulangan atau ujian?
Jawapan: Tidak ada larangan apabila kedua suami-isteri telah sepakat dan tidak menimbulkan mudarat bagi si isteri. Para sahabat juga ada yang melakukan 'azl (mencabut dzakar dari faraj isteri untuk menumpahkan sperma di luar faraj pada waktu ejakulasi) kerana alasan dan sebab-sebab tertentu, tetapi hal itu tidak dilarang oleh Rasulullah saw., sebagaimana disebutkan dalam hadis-hadis sahih.

Pertanyaan: Bagaimana hukum tertidur dari shalat wajib setelah berjaga terus-menerus dalam bekerja, apakah si isteri wajib membangunkan suaminya dalam keadaan seperti ini ataukah membiarkannya?
Jawapan: Pena penugasan dan pemberian sanksi diangkat dari orang yang tidur hingga ia bangun, lebih-lebih jika ia berjaga --sebelum tidur-untuk melakukan pekerjaan yang dibenarkan syara' dan hendaklah ia melakukan shalat sewaktu ia bangun. Selain itu, berdasarkan prinsip kemudahan yang menjadi fondasi bangunan hukum syariat, tidaklah wajib bagi isteri membangunkannya jika ia dalam keadaan lelah dan payah, kerana kasihan terhadap keadaannya, dan bertujuan agar ia mampu melanjutkan pekerjaannya:
“... Dan Dia (Allah) sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.” (al-Hajj: 78)

Pertanyaan: Bagaimana hukum meninggalkan shalat Jum'at satu kali atau lebih yang disebabkan kondisi kerjanya, seperti terus-menerus memantau kondisi orang sakit atau melakukan pekerjaan/tugas pada waktu shalat itu sendiri?
Jawapan: Yang dilarang dan diancam ialah meninggalkan shalat Jum'at tiga kali tanpa udzur, sedangkan udzur dalam kes ini sangat jelas. Maka sepatutnya seorang muslim berusaha sungguh-sungguh untuk menanggulangi udzur tersebut sedapat mungkin, dan tiap-tiap orang akan mendapatkan sesuatu sesuai dengan niatnya.

================ disalin dari kitab "fatawa muasirah, as-syaikh Dr. Yusuf Qaradawi
 
Online Radio
Palestin Kini
Info Palestina
Harakah Daily
PAS Website
Tranung Kite