:ILTIZAM UKHUWWAH::.

.::Utamakan ISLAM daripada segala-galanya di atas muka bumi ini::.

 
 
 

 
     
   
       
     
  'Serulah (manusia) ke jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang Maha Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (An Nahl: 125)   Sabda Rasulullah S.A.W: 'Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.' (Bukhari & Muslim)        
 

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Assalamualaikum....... Ana adalah seorang insan yang sederhana dan tidak mempunyai sebarang kelebihan yang dapat dibanggakan dan dilebihkan dari saudara-saudara sekalian. Ana hanyalah seorang hamba yang bergantung kepadaNYA dalam setiap urusan hidup..... tidak layak mengatakan bahawa 'aku mampu hidup tanpa bantuan dariNYA'. Bahkan kita semua adalah makhluk yang bergantung hidup kepadanya. Cuba kita fikirkan..... Betapa banyak nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita seperti mata, telinga, hidung, mulut dan anggota badan lainnya....... dan juga nikmat-nikmat lain seperti nikmat udara, bumi tempat berpijak, air yang menghilangkan dahaga, semuanya tidak ternilai harganya...... siapakah yang mampu mencipta udara? atau air? atau anggota badan yang fungsinya sesempurna anggota badan yang dicipta oleh Allah S.W.T? Dan DIA hanya meminta kita melaksanakan beberapa tuntutan kecil sahaja yang faedahnya kembali kepada kita sendiri, bukannya kerana DIA memerlukan kita melakukan semua itu. Allah S.W.T tidak berhajat kepada segala sesuatu...... Fikirkanlah saudara...........

View my complete profile

 

 

 


Link Maklumat Islamiah
Al-Islam.com
Islam Online
IslamWay
E_Ulama
Back to Islam
Islamic Finder
Darul Nu'man
MuslimSources
Maha Suci Allah
Muttaqun.com
ArtIslamic
Online Dictionary


Link Portal Islamiah
IKIM
ABIM
Nurhidayah
Al-Ahkam.net
Musleem.com
MyQalam.net
Radio Tarbiyah


Link Khas Maahadian
Komuniti Khas Bekas Pelajar Maahad
AMAL Network
Laman Web Rasmi SMU(A)MML Kota Bharu
Laman Web Rasmi SMU(A)MMP Kota Bharu
Maahadianz


Link Komuniti Nasyid:-
Komuniti Saff-one Friendz
Komuniti Sahabat Firdaus
Komuniti Sahabat FarEast
Komuniti Sahabat Hijjaz
Komuniti Ukhwah
Komuniti Jalinan Mesra
Komuniti Jalinan.com
TelagaBiru.com
Nasyeed.com
Nasyid.com


Link Kumpulan Nasyid
Raihan
Rabbani
Saujana
Hijjaz
Firdaus
Durrani
Tazakka
Nur Irsyad
Lirik Nasyid


Link Simpan Gambar & HTML Guide
MyPicGallery(jpg)
Quizilla(jpg/gif)
PictureVillage(jpg/gif)
EseePhoto(jpg)
ImageStation(jpg)
EseePhoto(jpg)
ImageShack(jpg/png/gif/bmp/tif/swf)
HTMLBasix
ColorCube


::::Link Khas::::
Harun Yahya Website
Alwan Comics
Animated GIF Tutorial
Games link


 

 

Enter your email address below to subscribe to
.:IltiZam UkhuWWah:.!

Bloglet.com

 
 
Powered by Blogger

 

   

Wednesday, July 11, 2007

Pendirian Muawiyah Di Sebalik Perang Siffin

Pendirian Muawiyah Di Sebalik Perang Siffin
Oleh
Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus. com)

Termasuk sejarah versi Syi`ah adalah Perang Siffin merupakan
pemberontakan yang diketuai oleh Muawiyah bin Abi Sufyan ke atas Ali
bin Abi Thalib. Sekali lagi hal ini perlu diteliti semula, benarkah
Muawiyah bin Abi Sufyan radhiallahu 'anh memimpin kaum pemberontak ke
atas Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh?

Sebelum menjawab persoalan ini, ingin saya jelaskan terlebih dahulu
keutamaan Muawiyah. Ini kerana sejak dari bangku sekolah, kebanyakan
di kalangan kita mengenali beliau sebagai seorang sahabat yang zalim,
pendusta dan pelbagai lagi sifat yang negatif. Pengenalan bentuk
negatif ini begitu meluas sehingga jarang-jarang kita menemui ibubapa
yang menamakan anaknya "Muawiyah" berbanding dengan nama para sahabat
yang lain.

Keutamaan Muawiyah bin Abi Sufyan.

Muawiyah bin Abi Sufyan adalah salah seorang sahabat Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam yang mulia. Beliau dilahirkan 15 tahun
sebelum peristiwa hijrah. Mengikut pendapat yang lebih tepat, beliau
memeluk Islam selepas Perjanjian Hudaibiyah, iaitu antara tahun 6
hingga 8 hijrah. [Maulana M. Asri Yusoff – Sayyidina Mu'awiyah:
Khalifah Rashid Yang Teraniaya (Pustaka Bisyaarah, Kubang Kerian,
2004), ms. 9-10].

Dalam sebuah hadis yang dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani
rahimahullah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mendoakan
Muawiyah: "Ya Allah! Jadikanlah beliau orang yang memimpin kepada
hidayah dan berikanlah kepada beliau hidayah." [Silsilah al-Ahadits
al-Shahihah (Maktabah al-Ma`arif, Riyadh, 1995), hadis no: 1969]

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitab Shahihnya – hadis no:
2924 bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Pasukan
pertama daripada kalangan umatku yang berperang di laut, telah
dipastikan bagi mereka (tempat di syurga)." Fakta sejarah mencatitkan
bahawa armada laut yang pertama bagi umat Islam dipimpin oleh Muawiyah
pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin Usman ibn Affan radhiallahu 'anh.

Di dalam Shahih Muslim – hadis no: 2501, Abu Sufyan pernah meminta
kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam agar Muawiyah menjadi
jurutulis baginda. Rasulullah memperkenankan permintaan ini. Sejak itu
Muawiyah menjadi jurutulis al-Qur'an dan surat-surat Rasulullah,
sekali gus menjadi orang yang dipercayai di sisi baginda.

Muawiyah juga merupakan seorang sahabat yang dihormati oleh para
sahabat yang lain. Beliau diangkat menjadi gabenor di Syam semasa
zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar dan Usman. Pada zaman
pemerintahan beliau sendiri, pernah seorang mengadu kepada Ibn Abbas
radhiallahu 'anh bahawa Muawiyah melaksanakan solat witir dengan hanya
satu rakaat. Ibn Abbas menjawab: "(Biarkan), sesungguhnya dia seorang
yang faqih (faham agama)." [Shahih al-Bukhari – hadis no: 3765]

Demikianlah beberapa keutamaan Muawiyah yang sempat dinyatakan dalam
tulisan ini. Dapat dikenali bahawa beliau bukanlah sebarangan orang
tetapi merupakan salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam yang mulia.

Pendirian Muawiyah tentang kekhalifahan Ali.

Apabila Amirul Mukminin Usman ibn Affan radhiallahu 'anh dibunuh, Ali
bin Abi Thalib diangkat menjadi khalifah. Beliau dibai`ah oleh
sebahagian umat Islam. Wujud sebahagian lain yang tidak membai`ah
beliau, di antaranya ialah Muawiyah. Hal ini berlaku bukan kerana
Muawiyah menafikan jawatan khalifah daripada Ali, akan tetapi Muawiyah
mengkehendaki Ali terlebih dahulu menjatuhkan hukuman hudud ke atas
para pembunuh Usman.

Al-Imam Ibn Hazm rahimahullah menerangkan hakikat ini:

"Dan tidaklah Muawiyah mengingkari sedikit jua akan keutamaan Ali dan
hak beliau untuk menjadi khalifah. Akan tetapi pada ijtihad beliau,
perlu didahulukan penangkapan ke atas para pembakar api fitnah
daripada kalangan para pembunuh Usman radhiallahu 'anh daripada urusan
bai`ah. Dan beliau juga berpendapat dirinya paling berhak untuk
menuntut darah Usman." [al-Fishal, jld. 3, ms. 85]

Di sisi Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib, beliau bukan sengaja
membiarkan para pembunuh Usman berkeliaran secara bebas. Malah beliau
mengetahui bahawa mereka itu menyamar diri dan berselindung di
kalangan umat Islam serta berpura-pura membai`ah beliau. Akan tetapi
dalam suasana umat Islam yang masih berpecah belah, adalah sukar untuk
beliau mengambil apa-apa tindakan. Sebaliknya jika umat Islam bersatu,
mudah baginya untuk mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman.

Berlakunya Perang Siffin.

Setelah Perang Jamal berakhir, Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib
menghantar utusan kepada Muawiyah meminta beliau berbai`ah kepada
dirinya. Muawiyah menolak, sebaliknya mengulangi tuntutannya agar
Amirul Mukminin Ali mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman.
Jika tidak, Muawiyah sendiri yang akan mengambil tindakan. Mendengar
jawapan yang sedemikian, Amirul Mukminin Ali menyiapkan pasukannya dan
mula bergerak ke arah Syam. Senario ini menyebabkan Muawiyah juga
mempersiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Kufah. Akhirnya
kedua-dua pasukan ini bertemu di satu tempat yang bernama Siffin dan
bermulalah peperangan yang dikenali dengan Perang Siffin.

Para pengkaji berbeza pendapat, kenapakah Amirul Mukminin Ali
mempersiapkan pasukannya ke arah Syam? Persoalan ini masih memerlukan
penelitian yang mendalam dengan mengambil kira faktor-faktor luaran
dan dalaman yang wujud pada ketika itu. Amirul Mukminin Ali tidak akan
mengambil apa-apa tindakan melainkan ia adalah untuk kemaslahatan umat
Islam seluruhnya. Hal ini mengingatkan sabda Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam yang meramalkan berlakunya Perang Siffin:

"Tidak akan datang Hari Kiamat sehingga dua kumpulan yang besar saling
berperang. Berlaku antara kedua-duanya pembunuhan yang dahsyat padahal
seruan kedua-dua kumpulan tersebut adalah satu (yakni kebaikan Islam
dan umatnya)." [Shahih Muslim – hadis no: 157]

Muawiyah memberontak kepada Ali?

Kini penelitian kita sampai kepada persoalan: Benarkah Muawiyah
memimpin pemberontakan ke atas Amirul Mukminin Ali? Jawapannya tidak.
Ini kerana jika dikatakan seseorang itu memberontak kepada
pemimpinnya, nescaya pemberontak itulah yang bergerak ke arah
pemimpin. Akan tetapi dalam kes Muawiyah, beliau tidak bergerak ke
arah Amirul Mukminin Ali. Sekalipun Muawiyah enggan membai`ah Ali,
beliau hanya berdiam diri di Syam tanpa memulakan apa-apa tindakan
ketenteraan.

Syaikh Muhib al-Din al-Khatib rahimahullah (1389H) menjelaskan:

"……lalu Ali berangkat meninggalkan Kufah dan menuju di permulaan jalan
yang menuju ke arah Syam dari Iraq. Ali mengisyaratkan supaya orang
ramai tetap tinggal di Kufah dan mengirimkan yang selainnya ke Syam.
Sampai berita kepada Muawiyah bahawa Ali telah mempersiapkan
pasukannya dan Ali sendiri keluar untuk memerangi beliau. Maka para
pembesar Syam mengisyaratkan kepada Muawiyah agar dia sendiri turut
keluar (untuk berhadapan dengan pasukan Ali). Maka orang-orang Syam
berangkat menuju ke Sungai Furat melalui Siffin dan Ali maju bersama
pasukannya menuju Siffin juga.

……Seandainya Ali tidak mempersiapkan pasukan yang bergerak dari Kufah
nescaya Muawiyah tidak akan bergerak (dari Syam)." [catitan notakaki
kepada al-`Awashim min al-Qawashim, ms. 166 & 168 ]

Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis yang lazim dijadikan alasan
melabel Muawiyah sebagai pemberontak. Hadis tersebut diriwayatkan oleh
al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 2916 di mana
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada `Ammar bin
Yasir radhiallahu 'anh:

"Engkau akan dibunuh oleh kelompok pemberontak. "

Di dalam Perang Siffin, `Ammar berada di dalam pasukan Amirul Mukminin
Ali dan beliau terbunuh dalam peperangan tersebut. Lalu Muawiyah
dilabel sebagai pemberontak kerana pasukan beliaulah yang memerangi
Ali sehingga menyebabkan `Ammar terbunuh.

Sebenarnya tidak tepat menggunakan hadis di atas untuk melabel
Muawiyah sebagai pemberontak. Sebabnya:

1. Sejak awal para sahabat mengetahui bahawa `Ammar bin Yasir berada
di dalam pasukan Amirul Mukminin Ali. Dengan itu, sesiapa yang
memerangi pasukan Ali, nescaya mereka adalah para pemberontak. Akan
tetapi fakta sejarah mencatitkan bahawa ramai sahabat yang
mengecualikan diri daripada Perang Siffin. Jika mereka memandang
pasukan Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya mereka tidak akan
mengecualikan diri, malah tanpa lengah akan menyertai pasukan Ali.
Sikap mereka yang mengecualikan diri menunjukkan mereka tidak
memandang pasukan Muawiyah sebagai pihak yang memberontak. Perlu
ditambah bahawa hadis yang meramalkan pembunuhan `Ammar bin Yasir oleh
kelompok pembangkang adalah hadis mutawatir yang diriwayatkan oleh
lebih daripada 20 orang sahabat. [Rujuk Qathf al-Azhar al-Mutanatsirah
fi al-Akhbar al-Mutawatirah oleh al-Imam al-Suyuthi (911H) (al-Maktab
al-Islami, Beirut, 1985), hadis no: 104]

2. Amirul Mukminin Ali juga mengetahui bahawa `Ammar bin Yasir berada
dalam pasukannya. Akan tetapi Ali mengakhiri Perang Siffin melalui
perdamaian yang disebut sebagai peristiwa Tahkim. Seandainya Ali
memandang Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya beliau tidak akan
melakukan apa-apa usaha perdamaian dengannya.

3. Apabila terbunuhnya Amirul Mukminin Ali, jawatan khalifah
diserahkan kepada anaknya, Hasan bin Ali radhiallahu 'anh. Tidak
berapa lama selepas itu, Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepada
Muawiyah. Padahal Hasan juga mengetahui bahawa `Ammar bin Yasir telah
terbunuh dalam Perang Siffin. Jika Hasan memandang Muawiyah sebagai
pemberontak, nescaya beliau tidak akan menyerahkan jawatan khalifah
kepada Muawiyah. Namun Hasan tetap menyerahkannya, menunjukkan beliau
tidak memandang Muawiyah sebagai pemberontak.

Semua ini membawa kepada persoalan seterusnya, siapakah yang
sebenarnya dimaksudkan sebagai "kelompok pemberontak" ? Kelompok
pemberontak tersebut bukanlah pasukan Muawiyah mahupun pasukan Amirul
Mukminin Ali, akan tetapi adalah orang-orang yang pada asalnya
menyebabkan berlakunya peperangan antara Muawiyah dan Ali. Mereka
adalah kelompok pemberontak yang asalnya memberontak kepada Amirul
Mukminin Usman ibn Affan sehingga akhirnya membunuh beliau. Diingatkan
bahawa sekalipun pada zahirnya peperangan kelihatan berlaku di antara
para sahabat, faktor yang menggerakkannya ialah para pemberontak yang
asalnya terlibat dalam pembunuhan Usman.

Syaikh Mubih al-Din al-Khatib rahimahullah menjelaskan hakikat ini:

"Sesungguhnya orang yang membunuh orang Islam dengan tangan kaum
Muslimin setelah terjadinya pembunuhan Usman, maka dosanya berada di
atas para pembunuh Usman kerana mereka adalah pembuka pintu fitnah dan
mereka yang menyalakan apinya dan mereka yang menipu sebahagian hati
kaum muslimin dengan sebahagian yang lain. Maka sebagaimana mereka
membunuh Usman maka mereka juga membunuh setiap orang yang mati
selepas Usman, di antaranya seperti `Ammar dan orang yang lebih utama
daripada `Ammar iaitu Thalhah dan al-Zubair, sehinggalah berakhirnya
fitnah dengan terbunuhnya Ali.

……Segala sesuatu yang terjadi kerana fitnah maka yang menanggungnya
adalah orang yang menyalakan apinya kerana merekalah penyebab yang
pertama. Mereka itulah "kelompok pembangkang" yang membunuh, yang
menyebabkan setiap pembunuhan dalam Perang Jamal dan Perang Siffin dan
perpecahan yang berlaku selepas kedua-dua perang tersebut." [catitan
notakaki kepada al-`Awashim min al-Qawashim, ms. 173]

Kebenaran tetap bersama pemimpin.

Sekalipun dikatakan bahawa Muawiyah bukan pemberontak, tidaklah
bererti Muawiyah berada di pihak yang benar. Di dalam Islam, apabila
wujud perbezaan pendapat antara pemimpin dan selain pemimpin, maka
kebenaran terletak bersama pemimpin. Hendaklah mereka yang menyelisihi
pemimpin tetap bersama pemimpin dan berbincang dengan beliau terhadap
apa yang diperselisihkan. Di dalam peristiwa yang membawa kepada
Perang Siffin, pemimpin saat itu ialah Amirul Mukminin Ali. Maka sikap
yang lebih tepat bagi Muawiyah ialah tidak meletakkan syarat untuk
membai`ah Ali, sebaliknya terus membai`ah beliau dan kemudian
berbincang dengan beliau tentang cara terbaik untuk mengambil tindakan
ke atas para pembunuh Amirul Mukminin Usman.

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menegaskan:

"Dan Muawiyah bukanlah daripada kalangan mereka yang memilih untuk
memulakan perang, bahkan beliau daripada kalangan yang paling
mengkehendaki agar tidak berlaku perang …… yang benar adalah tidak
berlakunya peperangan. Meninggalkan peperangan adalah lebih baik bagi
kedua-dua pihak. Tidaklah dalam peperangan tersebut (Perang Siffin,
wujud satu) pihak yang benar. Akan tetapi Ali lebih mendekati
kebenaran berbanding Muawiyah. Peperangan adalah peperangan kerana
fitnah, tidak ada yang wajib dan tidak ada yang sunat dan meninggalkan
perang adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Hanya sahaja Ali adalah
lebih benar. Dan ini merupakan pendapat (al-Imam) Ahmad dan kebanyakan
ahli hadis dan kebanyakan para imam fiqh dan ini juga merupakan
pendapat para tokoh sahabat dan tabi'in yang selalu mendapat
kebaikan." [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 447-448]

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Online Radio
Palestin Kini
Info Palestina
Harakah Daily
PAS Website
Tranung Kite