:ILTIZAM UKHUWWAH::.

.::Utamakan ISLAM daripada segala-galanya di atas muka bumi ini::.

 
 
 

 
     
   
       
     
  'Serulah (manusia) ke jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang Maha Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (An Nahl: 125)   Sabda Rasulullah S.A.W: 'Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.' (Bukhari & Muslim)        
 

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Assalamualaikum....... Ana adalah seorang insan yang sederhana dan tidak mempunyai sebarang kelebihan yang dapat dibanggakan dan dilebihkan dari saudara-saudara sekalian. Ana hanyalah seorang hamba yang bergantung kepadaNYA dalam setiap urusan hidup..... tidak layak mengatakan bahawa 'aku mampu hidup tanpa bantuan dariNYA'. Bahkan kita semua adalah makhluk yang bergantung hidup kepadanya. Cuba kita fikirkan..... Betapa banyak nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita seperti mata, telinga, hidung, mulut dan anggota badan lainnya....... dan juga nikmat-nikmat lain seperti nikmat udara, bumi tempat berpijak, air yang menghilangkan dahaga, semuanya tidak ternilai harganya...... siapakah yang mampu mencipta udara? atau air? atau anggota badan yang fungsinya sesempurna anggota badan yang dicipta oleh Allah S.W.T? Dan DIA hanya meminta kita melaksanakan beberapa tuntutan kecil sahaja yang faedahnya kembali kepada kita sendiri, bukannya kerana DIA memerlukan kita melakukan semua itu. Allah S.W.T tidak berhajat kepada segala sesuatu...... Fikirkanlah saudara...........

View my complete profile

 

 

 


Link Maklumat Islamiah
Al-Islam.com
Islam Online
IslamWay
E_Ulama
Back to Islam
Islamic Finder
Darul Nu'man
MuslimSources
Maha Suci Allah
Muttaqun.com
ArtIslamic
Online Dictionary


Link Portal Islamiah
IKIM
ABIM
Nurhidayah
Al-Ahkam.net
Musleem.com
MyQalam.net
Radio Tarbiyah


Link Khas Maahadian
Komuniti Khas Bekas Pelajar Maahad
AMAL Network
Laman Web Rasmi SMU(A)MML Kota Bharu
Laman Web Rasmi SMU(A)MMP Kota Bharu
Maahadianz


Link Komuniti Nasyid:-
Komuniti Saff-one Friendz
Komuniti Sahabat Firdaus
Komuniti Sahabat FarEast
Komuniti Sahabat Hijjaz
Komuniti Ukhwah
Komuniti Jalinan Mesra
Komuniti Jalinan.com
TelagaBiru.com
Nasyeed.com
Nasyid.com


Link Kumpulan Nasyid
Raihan
Rabbani
Saujana
Hijjaz
Firdaus
Durrani
Tazakka
Nur Irsyad
Lirik Nasyid


Link Simpan Gambar & HTML Guide
MyPicGallery(jpg)
Quizilla(jpg/gif)
PictureVillage(jpg/gif)
EseePhoto(jpg)
ImageStation(jpg)
EseePhoto(jpg)
ImageShack(jpg/png/gif/bmp/tif/swf)
HTMLBasix
ColorCube


::::Link Khas::::
Harun Yahya Website
Alwan Comics
Animated GIF Tutorial
Games link


 

 

Enter your email address below to subscribe to
.:IltiZam UkhuWWah:.!

Bloglet.com

 
 
Powered by Blogger

 

   

Wednesday, January 04, 2006

Perumpamaan....

Sunday, January 01, 2006

Saya amat suka kisah perumpamaan ini. Mungkin saya
pernah menulisnya, namun saya ingin menulisnya sekali
lagi. Kenapa? Kerana saya boleh.

Semasa Musa di tanya oleh Tuhan apakah yang di pegang
ditangannya? Baginda menjawab ianya adalah tongkat
sambil terus menceritakan faedah-faedahnya. Baginda
menceritakan yang dengan tongkat tersebutlah Baginda
mengembala kambing-kambing peliharaannya. Menghalau
atau mempertahankan diri jika diserang
serigala.Bersandar ketika keletihan.

Seperti kita apabila ditanya kereta siapakah yang
menjalar diletakkan di tempat letak kereta dihalaman
rumah kita. Kita bukan sahaja memberitahu yang kereta
itu milik kita malah tanpa di tanya kita akan
menceritakan yang kereta tersebut boleh memecut laju
di jalanraya. Bagaimana penjimatan minyaknya jika kita
terus-terusan menyimpan kenderaan tersebut di halaman
rumah. Bagaimana warnanya bertukar setiap kali di
lihat dari sudut berlainan. Kita lupa yang ditanya
adalah milik siapa. Bukannya boleh buat apa kereta
itu.

Lalu Allah memerintahkan Musa agar membuang tongkatnya
dan tongkat itu menjadi ular. Kemudian Allah
memerintahkan Musa agar mengambil tongkatnya. Musa
mulanya mahu menangkap ular tersebut dari ekornya,
tetapi Allah memerintahkan supaya Baginda menangkap
ular tersebut dari kepalanya. Walaupun sedikit cemas,
namun kerana ini adalah perintah Tuhan, Baginda
lakukan juga.

Apabila ular tersebut ditangkap oleh Baginda, ianya
kembali menjadi tongkat. Lantas Allah bertanya lagi
kepada Musa apakah yang ada ditangan Baginda? Baginda
menjadi serba salah untuk menjawap. Jika dijawapnya
tongkat, baru tadi dia melihat ia bertukar menjadi
ular. Mahu di jawap ular, takut-takut ia kekal sebagai
tongkat. Lalu Baginda menjawap yang hanya Allah
sahajalah Maha Mengetahui.

Sewaktu Musa di kerumuni oleh ular-ular sihir mengapa
Baginda tidak terus sahaja membuang tongkatnya?
Bukankah Baginda telah tahu yang tongkat Baginda ada
keupayaan untuk menjadi ular yang lebih hebat dari
ular-ular sihir? Sebabnya adalah Baginda tahu
tongkatnya tidak ada sebarang kuasa. Baginda hanya
melemparkan tongkatnya apabila ada perintah dari Allah
untuk berbuat demikian. Kerana taatnya kepada perintah
Tuhanlah maka ular-ular sihir tersebut dapat
ditewaskan.

Jika tongkat itu jatuh ketangan kita saya gerenti
ianya akan dikerat kecil-kecil dan di jual di kaki
lima sebagai tangkal untuk kebal dan untuk err...
macam-macam. Tak percaya cuba tanya kawan-kawan kita
yang seluruh hidupnya di arahkan untuk mencari harta
karun atau yang rajin bersahabat dengan jin.

Kemudian semasa dikepung di pinggir laut dan takala
kaumnya merintih dan mengeluh mengatakan mereka kini
hampir pasti di tangkap firaun mengapa tidak Baginda
buang sahaja tongkatnya kelaut. Mana tahu ianya akan
menjadi ular yang besar dan Baginda boleh menunggang
ular tersebut untuk menyeberangi laut. Atau mungkin
ular tersebut boleh menyerang bala tentera firaun.

Baginda tidak bertindak demikian kerana tidak ada
perintah Tuhan. Baginda tahu tanpa perintah Tuhan
tongkatnya tidak akan dapat membantu Baginda dan
kaumnya. Apabila Tuhan memerintahkah supaya Musa
memukul laut, Baginda taat dan laut pun terbelah
menjadi laluan kepada Baginda dan kaumnya. Laut yang
menyelamatkan Baginda dan kaumnya telah membunuh
firaun dan bala tenteranya.

Mengapa Musa tidak mempersoalkan suruhan Tuhan supaya
Baginda memukul laut? Dulu Tuhan mengarahkan Baginda
supaya membaling tongkatnya, kini di suruh memukul
laut pula. Tidak ke pelik tongkat di suruh memukul
laut. Apa yang boleh di hasilkan dengan perbuatan yang
pada mata kita adalah sia-sia. Sebabnya Musa tahu
didalam perintah Tuhan ada manafaatnya.

Kita ini yang tahu segala macam kekuasaan dan betapa
kasihnya Allah kepada kita masih lagi teragak-agak.
Berapa ramai lelaki yang merasa panas apabila
berseluar panjang di padang bola (atau ke pasar malam)
dan tidak sedikit perempuan yang mereka bentuk sendiri
pakaian yang pada mereka adalah menutup aurat. Kita
tidak nampak pentingnya perempuan tidak berwangi-wangi
ketika keluar rumah. Yang kita nampak perintah Tuhan
adalah penghalang kebebasan dan menekan kemodenan.

Susahla jadi orang Islam ni, makan babi pon tak boleh.


nauzubillah.

baca lagi==>
http://abdullahjones.blogspot.com/

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Online Radio
Palestin Kini
Info Palestina
Harakah Daily
PAS Website
Tranung Kite