Islamis Malaysia Jumud!!!
Lewat Perdana Peace Conference yang berlangsung di PWTC baru-baru ini, ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa Malaysia sedang memasuki satu era baru. Iaitu era "Berkawan dengan Israel"...
Bagaimana tidak, lihatlah bendera Israel yang berkibar megah di bangunan PWTC tanpa ada sebarang bantahan dari rakyat, mahupun dari para aktivis gerakan Islam. Semuanya redha, malah menurut buletin TV3 yang kononnya bersimpati dengan isu Palestin, penasihat seminar tersebut dinobatkan sebagai wira melawan AS dan juga melawan kuasa besar. Tanpa mereka sedari, ataupun mereka sedar, cuma rakyat sahaja yang buta, penasihat itulah penipu paling besar di dunia!, cakap tidak serupa bikin. JIka benar-benar menentang perang, mengapa bendera rejim Zionis yang terkenal sebagai kumpulan manusia gila perang nomor waid di dunia ini dikibarkan dengan begitu megah di bangunan yang menjadi kebanggaan partinya???
Itulah dunia, itulah Malaysia, itulah melayu, itulah islamis Malaysia...tiada deria rasa! jumud dan bacul!
Agak lucu, dulu Pemuda PAS bermati-matian menentang kehadiran kumpulan kriket Israel, sekarang ini, bila bendera Israel berkibar, tiada apa-apa kenyataan bantahan pun yang dibuat. Adakah kekalahan di Pengkalan Pasir menyebabkan dunia juga telah hilang dari PAS???
pihak JIM yang kononnya komited dengan program-program kesedaran Palestin pun dalam hal ini turut membisu. Cakap tidak serupa bikin!
ABIM yang kononnya membariskan orang-orang muda sebagai barisan pimpinan mereka pun hilang semangat orang muda. Harap muka sahaja muda, hati kecut, tidak guna juga.
Mana dia PUM?, mana dia ISMA, mana dia NGO-NGO Islam yang lain dalam isu ini?
Bayangkan, jika perkara yang serupa berlaku di Jakarta, paling kurang pun 100,000 demonstrator akan membanjiri jalanraya Jakarta, jika tidak pun tidak sampai sehari, patah sudah tiang bendera tersebut.
Bermula dengan undangan kumpulan kriket di penghujung 90'an, diikuti dengan undangan perwakilan dari Israel di seminar Peace in Palestine di Putrajaya, dan kini bendera Israel dikibarkan di bangunan keramat milik UMNO. Ternyata kali ini, tiada apa-apa bantahan..."line sudah clear"!
Jangan terkejut selepas ini Malaysia akan mengiktiraf Israel!, jangan terkejut selepas ini Malaysia akan mempunyai hubungan dagang secara langsung dengan Israel, jangan terkejut selepas ini Kuala Lumpur akan mempunyai sebuah kedutaan besar Israel, jangan terkejut juga selepas ini, sesiapa yang berbicara tentang nasib dan hak rakyat Palestin akan dicaj sebagai pengganas, pesalah dan juga penjenayah...yang pasti juga jika apa-apa berlaku terhadap Masjid al-Aqsa, kerajaan akan mengambil sikap tidak campur tangan sepertimana mereka menyikapi isu Selatan Thailand.
Itu semua akan berlaku, jika kita semua terus bersikap menyepi berhubung isu Palestin dan kita terus membatukan diri....

0 Comments:
Post a Comment
<< Home