JAKIM Perlu Bersifat Adil Dalam Menangani Isu Wahhabi
JAKIM PERLU BERSIFAT ADIL KETIKA MENANGANI ISU WAHHABI.
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Merujuk kepada tulisan saudara Muhib al-Ghumari di dalam ruangan Forum pada 1 Disember 2005, saya begitu pasti bahawa beliau sebenarnya belum benar-benar memahami pegangan sebenar Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Namun begitu saya menyokong saranan beliau agar pihak Jakim melakukan pengkajian serius serta adil ke atas segala dakwaan terhadap kelompok Wahhabi sehingga ada yang menuduh mereka bukan termasuk dari kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Disamping itu saya juga meminta pihak Jakim untuk mengkaji ajaran sebenar Imam Muhammad bin Idris al-Syafi' tentang amalan mengirim pahala bacaan al-Qur'an kepada arwah, majlis tahlil atau kenduri arwah, amalan talqin, berzikir secara kuat selepas solat yang saudara Muhib al-Ghumari dakwa telah diselesaikan oleh Imam-Imam Mazhab? Cuba perjelaskan di manakah di dalam kitab-kitab tulisan Imam al-Syafi'i yang mengajar perkara-perkara tersebut?
Saya juga menganjurkan pihak Jakim juga lakukan penyiasatan yang mendalam tentang aqidah al-Asya'irah dan al-Maturidiyah yang muncul hanya beberapa ratus tahun setalah wafatnya Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam. Benarkah ianya adalah aqidah pegangan Nabi shallahu 'alaihi wasallam, para sahabatnya dan keempat-empat Imam Mazhab atau adakah ia sebenarnya gabungan aqidah golongan Jahmiyyah dan Muktazilah?
Saya juga meminta pihak Jakim untuk mengkaji asal-usul metode pengajian tauhid menggunakan Sifat 20? Saya tertanya-tanya bagaimana Allah Subhanahu wa Ta'ala yang Maha Agung lagi Maha Sempurna hanya memilki 20 sifat? Benarkah Sifat 20 ini berasal dari Nabi shallahu 'alaihi wasallam, para sahabatnya dan keempat-empat Imam Mazhab atau adakah ianya hasil dari pengaruh pemikiran Yunani?Nah! Baru adil begini. Adakah saudara Muhib al-Ghumari merasakan pegangannya sudah selari dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah lalu hanya menginginkan pihak Jakim meneliti pegangan pihak lain tanpa ingin penelitian juga di lakukan ke atas pegangan beliau? Adakah beliau anggap pegangan yang telah dipegang oleh kebanyakkan orang ramai sudah boleh dianggap sebagai ukuran untuk menepati pegangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah? Tidakkah Muhib al-Ghumairi pernah membaca firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata. (al-An'am (6) : 116)
Berhati-hati wahai Muhib al-Ghumairi! Untuk pengetahuan saudara Muhib al-Ghumairi, di zaman Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat, tidak pernah wujud pengajian Tawhid Sifat 20. Pada zamanAqidah umat Islam itu masih bersih dari seberang bentuk penyelewengan, mereka mengenali Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui nama-namaNya yang indah serta sifat-sifatNya yang Maha Sempurna seperti yang telah dikhabarkan oleh al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih. Kaedah inilah yang dinamakan dengan Tawhid al-Asma wa al-Sifat dan inilah juga kaedah yang telah disepakati oleh Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi'i dan Imam Ahmad rahimahumullah. Kaedah ini memutuskan untuk kita menetapkan apa sahaja yang disampaikan oleh Allah mengenai diriNya di dalam kitabNya dan oleh Rasulllah shallahu 'alaihi wasallam dengan keimanan yang bersih dari tahrif (mengubah makna tersebut), ta'thil (meniadakan sifat
tersebut), takyif (bertanyakan bagaimana sifat tersebut) dan tamtsil (menyamakan sifat tersebut dengan makhluk). Ini adalah kerana Allah-lah yang paling mengetahui tentang sesuatu termasuk tentang sifat-sifat yang ada pada diriNya dan manusia yang paling mengetahui dan mengenali Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam.
Saudara Muhib al-Ghumairi menjadi bingung apabila terdapat perbahasan di dalam kitab-kitab aqidah yang menyatakan Allah itu di atas langit ataupun Dia bersemayam di atas `Arasy. Bagi Muhib al-Ghumairi hal ini adalah menyamakan Allah dengan makhluk kerana ia menunjukkan Allah bertempat. Adakah beliau tidak menyedari bahawa tujuh kali Allah Subhanahu wa Ta'ala mengulangi di dalam al-Qur'an bahawa Dia bersemayam di atas `Arasy? Cuba rujuk surah-surah berikut; Taha (20) : 5, al-A'raaf (7) : 54, Yunus (10) : 3, al-Furqan (25) :29, al-Ra'd (13) :2, al-Sajadah (32) : 4 dan al-Hadid (57) : 4. Untuk kebaikan semua terutamanya untuk saudara Muhib al-Ghumairi saya menurunkan salah satu dari firman Allah tersebut.Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? (al-Sajadah (32) : 4)
Adakah tidak pernah terlintas di mata saudara Muhib al-Ghumairi ketika membaca al-Qur'an bahawa terdapat firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang menunjukkan Dia di atas langit.Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? (al-Mulk (67) : 16)
Tidakkah kitab Tawhid Sifat 20 yang diimani oleh saudara Muhib al-Ghumairi membahas tentang ayat-ayat al-Qur'an di atas? Tidakkah beliau juga pernah terbaca hadis di bawah ini:Berkata Mu'awiyyah bin Hakam al-Sulami: "Aku memiliki seorang hamba wanita yang menggembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwaniyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya. Sedangkan aku adalah termasuk anak Adam kebiasaan maka aku mengeluh (atas kehilangan kambing tersebut) sebagaimana mereka. Kerana itu wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku berjumpa Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: "Wahai Rasulullah, adakah aku harus memerdekakannya?" Jawab Rasulullah: "Bawalah wanita itu ke sini." Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu: "Di mana Allah?" Dijawabnya (wanita itu): "Di langit." Rasulullah bertanya lagi: "Siapakah aku." Dijawabnya: "Engkau Rasulullah." Maka baginda bersabda: Merdekakanlah wanita ini kerana dia seorang mukminah."
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Mungkin nanti Muhib al-Ghumari akan berkata bagi mereka yang berpegangan mazhab aqidah al-Asya'irah dan al-Maturidiyyah kami mentakwilkan atau mengubah nas-nas sifat Allah kepada makna yang lain agar tidak menyerupai sifat makhluk. Jadi Istawa' (bersemayam) kami rubah menjadi istawla (menguasai), dan di langit kami rubah menyatakan ianya hanyalah sebagai pusat pemerintahannya. Sedangkan Allah berada dimana-mana. Namun begitu adakah ini menepati kaedah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Mari kita lihat apa komentar para Imam Mazhab tentang hal ini.
Telah berkata Imam Abu Hanifah di dalam kitab al-Fiqhul-Akbar"Barangsiapa yang berkata: "Aku tidak tahu Rabbku, di langit atau di bumi" bererti dia kafir. Begitu juga, seorang menjadi kafir apabila mengatakan bahawa "Allah itu di atas Arasy tetapi aku tidak tahu adakah Arasy itu di langit atau di bumi."
Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya al-Asma' was-Sifaat telah meriwayatkan:
Imam Abu Hanifah berkata kepada seorang wanita yang telah bertanya kepadanya: "Dimanakah Tuhanmu yang engkau sembah itu?" Dia menjawab: "Sesungguhnya Allah itu ada di langit, bukan di bumi." Lalu tampillah seorang pemuda mengajukan pertanyaan: "Bagaimana dengan ayat: "…Dia tetap bersama-sama kamu.." (Al-Hadid (57) : 4) Abu Hanifah menjawab: "Dia seperti engkau menulis surat kepada seorang lelaki dengan mengatakan, "Sesungguhnya aku selalu bersamamu", padahal engkau tidak ada di sampingnya."
Disebutkan di dalam al-Siyar A'lam al-Nubala, Imam Malik bin Anas berkata:
"Allah di langit dan ilmu-Nya berada di setiap tempat, tidaklah tertinggal dari (ilmu Allah) apa jua."
Tentang Istawa' (bersemayam) Imam Malik juga pernah berkata:"Cara bersemayamNya tidak diketahui sedangkan maksud bersemayam (Istawa') telah jelas dan diketahui, beriman kepadanya (iaitu sifat Istawa' tersebut) adalah wajib, dan bertanya tentangnya (iaitu bagaimana sifat Istawa') adalah bid'ah."
Imam al-Zahabi di dalam kitabnya al-`Uluw lil-`Aliy al-Ghaffar telah menyebutkan bahawa Imam Syafi'i pernah berkata:"Pendapatku tentang sunnah, di mana aku berpegang kepadanya dan juga berpegang kepadanya oleh orang-orang yang aku lihat semisal Sufyan, Malik dan lain-lain, iaitu pengakuan terhadap persaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, dan bahawa Allah itu di atas ArasyNya yang ada di langitNya."
Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya al-Asma' was-Sifaat menegaskan lagi mazhab sebenar Imam al-Syafi'i dalam hal ini dengan menyatakan:"Penyebutan dalil-dalil yang menerangkan Istawa'Nya Allah Tabaraka wa Ta'ala di atas ArasyNya, dan juga athar-athar yang berasal dari kalangan salaf yang memiliki pengertian seperti ini cukup banyak jumlahnya dan ini menunjuk kepada Mazhab al-Syafi'i rahimahullah."
Al-Qadhi Abu Ya'la dalam kitabnya Thabaqatul-Hanabilah telah meriwayatkan dari Abu Bakar al-Muruzi dia berkata:"Aku bertanya kepada Imam Ahmad bin Hambal tentang serangkaian hadis-hadis sifat-sifat Allah, tentang melihat Allah pada hari akhirat, tentang Isra', dan Arasy. Maka Imam Ahmad bin Hambal mengsahihkannya dan berkata: "Umat ini telah menerima dan mengakuinya dan membiarkan hadis-hadis itu apa adanya sesuai dengan kedatangannya."
Tidak cukup dengan pendapat ke empat-empat Imam mazhab maka kita lihat pula pandangan Imam Abu al-Hassan al-Asya'ari rahimahullah yang tentunya golongan seperti Muhib al-Ghumari yakin sebagai pendirinya mazhab aqidah al-Asya'irah.
Di dalam kitab Maqalat al-Islamiyin wa Ikhtilaf al-Musollin, Imam Abu al-Hassan al-Asya'ari telah berkata:"Sesungguhnya Allah Istiwa' di atas ArasyNya sebagimana firmanNya: "al-Rahman (Allah) yang Istiwa' di atas Arasy." (Taha (20) : 5)
Hal ini beliau ulangi lagi di dalam kitab beliau yang lain bertajuk al-Ibanah `an Usul al-Diyanah:"Percaya bahawa Allah Istiwa di atas ArasyNya sepertmana firman Allah di dalam al-Qur'an: "al-Rahman (Allah) yang Istiwa' di atas Arasy." (Taha (20) : 5)
Tenyata Imam Abu al-Hassan al-Asya'ari telah menggunakan metode Tawhid al-Asma wa al-Sifat untuk berinteraksi dengan sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala yang sempurna dan beliau tidak menggunakan kaedah al-Asya'irah mahupun al-Maturidiyah. Pasti saudara Muhib al-Ghumari dan golongan yang sependapat dengan beliau terkejut dengan pendedahan ini. Berpijak di atas realiti ini maka sekali lagi saya sarankan pihak Jakim mengkaji dari manakah asal-usulnya metode pengajian Tawhid Sifat 20 dan mazhab aqidah al-Asya'irah ini.
Kesimpulannya apabila kita bertemu dengan ayat-ayat al-Qur'an atau Hadis-Hadis Nabi yang menerangkan tentang sifat-sifat Allah seperti Allah di langit atau Allah bersemayam di atas Arasy maka sebagai pengikut fahman Ahlus Sunnah Wal Jamaah kita wajib beriman kepada sifat-sifat tersebut, menetapkannya sebagai sifat-sifat Allah tanpa bertanya atau memikirkan bagaimana tatacara, ciri-ciri dan bentuk bagi sifat-sifat tersebut. Namun begitu wajib kita untuk menghindari dari menyamakan sifat-sifat tersebut dengan makhluk (tasybih) sebagaimana firmanNya: Tiada sesuatupun yang seumpama denganNya dan Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (asy-Syuura (42) : 11)
Imam al-Zahabi di dalam kitanya Siyar A'lam al-Nubala meriwayatkan daripada Imam al-Syafi'i:
"Kita tetapkan sifat-sifat yang disebutkan oleh al-Qur'an dan al-Sunnah dan kita nafikan Tasybih (penyerupaan dengan makhluk) daripadaNya sebagaimana Dia telah menafikan daripada DiriNya."
Semoga saudara Muhib al-Ghumairi lebih berhati-hati apabila menyatakan iktikad yang dipegang oleh golongan Wahhabi melalui metode Tawhid al-Asma' wa al-Sifat ini membuktikan bahawa golongan ini tergelincir daripada kelompok Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Subhanallah, adakah kebohongan setelah kebohongan ini?…besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. (al-Kahfi (18) : 5)Sejarah telah membuktikan kelompok yang gemar menuduh Ahlus Sunnah wal Jamaah sebagai Musyabbihah (menyerupakan sifat Allah dengan makhluk) adalah golongan Jahmiyah iaitu golongan yang menafikan sifat-sifat Allah (melakukan tahrif dan ta'thil) dan menyatakan Allah berada di mana-mana di setiap tempat. Imam Abu Hatim al-Razi pernah berkata:"Tanda golongan Jahmiyyah adalah mereka menggelarkan Ahlus Sunnah dengan panggilan Musyabbihah."

0 Comments:
Post a Comment
<< Home