Istiwa Allah Adalah di Atas Arasynya
Ahli sunah wal jamaah/ahli hadith berpegang dan bersaksi beriman bahawasanya Allah SWT itu bersemanyam/ISTIWA’ di atas arasyNya (di atas langit ketujuh) sebagaimana firmanNya dlm
1) Yunus:3
2) Ar-Rad:2
3) Al-Furqan:59
4) As-Sajjadah:4,5
5) Faatir:10
6) Al-Mulk:16
7) Ghafir:36-37
8) Thaha:5
Hanya saja mai’yyah (kebersamaan) Allah SWT bersama makhluknya adalah dari segi ilmuNya, yakni ilmu Allah di mana-mana, Namun, Allah bersemayam di atas ArasyNya di langit.…..
"Sesungguhnya kamu menyeru Yang Maha Mendengar Yang Hampir yang sentiasa berserta kamu(iaitu IlmuNya)". [H/R Muslim.]
AL-IMAM MUHAMMAD IDRIS AS-SYAFIE rahimahullah telah berhujjah dlm kitab “AL UMM” dlm membahaskan masalah memerdekakan hamba sahaya mukminah sebagai kaffarah, dan sesungguhnya tidak sah kaffarah dgn hamba yg bukan mukmin berdasarkan khabar Muawiyyah bin Al-Ahkam yg ingin memerdekakan hamba sahayanya lalu diuji hamba sahaya wanita itu oleh Rasulullah SAW baginda bersabda “siapakah saya?, lalu hamba wanita itu mengisyaratkan ke langit dan berkata “sesunngguhnya kau adalah seorang pesuruh Allah yg berada di langit” kemudian RasululLah SAW pun bersabda: “bebaskanlah dia! Sesungguhnya dia seorang mukminah”
(hadith Muawiyyah bin Al-Hakim ini diriwayatkan oleh Muslim(no. 382) dan lainnya dgn tidak menyebut bahawa hamba wanita itu “menisyaratkan kpdnya ke langit”. Ucapan Imam as-Syafiie tersebut boleh didapati dlm bukunya “AL-UMM”
rujukan: ar-risalah fi iqtiqad ahlul sunnah wa ashabul hadith au aqidatus salaf ashabul hadith, as-sheikh Abu Osthman Ismail ibn Abdur rahman As-Saabuni
kaedah Tawhid al-Asma wa al-Sifat yang telah disepakati oleh Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi'i dan Imam Ahmad rahimahumullah. Kaedah ini memutuskan untuk kita menetapkan apa sahaja yang disampaikan oleh Allah mengenai diriNya di dalam kitabNya dan oleh Rasulllah shallahu 'alaihi wasallam dengan keimanan yang bersih dari tahrif & ta’wil (mengubah makna tersebut), ta'thil (meniadakan sifat tersebut), takyif (bertanyakan bagaimana sifat tersebut) dan tamtsil (menyamakan sifat tersebut dengan makhluk). Ini adalah kerana Allah-lah yang paling mengetahui tentang sesuatu termasuk tentang sifat-sifat yang ada pada diriNya dan manusia yang paling mengetahui dan mengenali Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam. Tentang Istawa' (bersemayam) Imam Malik juga pernah berkata:"Cara bersemayamNya tidak diketahui sedangkan maksud bersemayam (Istawa') telah jelas dan diketahui, beriman kepadanya (iaitu sifat Istawa' tersebut) adalah wajib, dan bertanya tentangnya (iaitu bagaimana sifat Istawa') adalah bid'ah."
Begitulah juga yang diterangkan oleh Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah semasa beliau ditanya tentang
di mana Allah:
"Dan ketika ditanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak:
Bagaimana kita mengetahui Tuhan kita? Dengan mengetahuiNya bahawa
sesungguhnya Dia di langit yang ke tujuh di atas 'ArasyNya".
Golongan Jahmiyah pula tidak dianggap sebagai golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah dan tergelincir dari manhaj Salaf as-Soleh (iaitu para sahabah, tabi’ & tabiin), kerana mereka tidak mempercayai bahawa Allah di langit
Golongan Jahmiyah mempercayai bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersemayam di Arasy tetapi mereka tidak percaya bahawa Allah di langit, maka sesiapa yang mempunyai keyakinan seperti ini dia adalah Jahmiyah.
Telah berkata Imam Abu Hanifah di dalam kitab al-Fiqhul-Akbar "Barangsiapa yang berkata: "Aku tidak tahu Rabbku, di langit atau di bumi" bererti dia kafir. Begitu juga, seorang menjadi kafir apabila mengatakan bahawa "Allah itu di atas Arasy tetapi aku tidak tahu adakah Arasy itu di langit atau di bumi."
Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya al-Asma' was-Sifaat telah meriwayatkan: Imam Abu Hanifah berkata kepada seorang wanita yang telah bertanya kepadanya: "Dimanakah Tuhanmu yang engkau sembah itu?" Dia menjawab: "Sesungguhnya Allah itu ada di langit, bukan di bumi." Lalu tampillah seorang pemuda mengajukan pertanyaan: "Bagaimana dengan ayat: "…Dia tetap bersama-sama kamu.." (Al-Hadid (57) 4)
Abu Hanifah menjawab: "Dia seperti engkau menulis surat kepada seorang lelaki dengan mengatakan, "Sesungguhnya aku selalu bersamamu", padahal engkau tidak ada di sampingnya."
"Allah berfirman: Janganlah kamu berdua merasa takut, sesungguhnya Aku berserta kamu berdua, Aku Mendengar dan Melihat" (Taha, 20:46.)
Maksud dari ayat "Sesungguhnya Aku berserta kamu berdua" ialah ilmuNya (sebagaimana yang telah dijelaskan). Iaitu ilmu Allah berserta dan meliputi segala-galanya. Allah Maha
Mengetahui kerana ilmu pengetahuan Allah berada di mana-mana. Allah berserta kita dengan ilmuNya kerana Dia mendengar dan melihat kita. Namun, Allah bersemayam di atas ArasyNya di langit. Dan ayat di atas dapat dijelaskan dengan nas-nas di bawah ini:
"Sesungguhnya kamu menyeru Yang Maha Mendengar Yang Hampir yang sentiasa berserta kamu(iaitu IlmuNya)".
[H/R Muslim]
Antara hadith yang menjadi dalil yang kuat yang menunjukkan bahawa Allah di atas 'ArasyNya, 'ArasyNya di langit dan ilmuNya di mana-mana ialah sabda Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wasallam:
Berkata Muawiyah bin Hakam As-Sulami: Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwaiyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya. Sedang aku termasuk seorang anak Adam kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka. Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku menghadapRasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya? Jawab Rasulullah: Bawalah wanita itu ke sini. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. Di mana Allah? Dijawabnya: Di langit. Rasulullah bertanya lagi: Siapakah aku? Dijawabnya: Engkau Rasulullah. Maka baginda bersabda: Merdekakanlah wanita ini, kerana dia adalah seorang mukminah".
[H/R. Muslim dan Abi Daud.]
Bertanya kepada seseorang "Di mana Allah" untuk memastikan akidahnya adalah sunnah & shahih adalah dibolehkan, kerana Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam sendiri pernah bertanya kepada seorang hamba perempuan dengan pertanyaan: "Di mana Allah?". Berdasarkan hadith ini, maka siapakah yang lebih berhak diikuti dan wajib dijadikan contoh jika bukan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, baginda tidak pernah mengikut hawa nafsunya apabila memperkatakan atau menjelaskan sesuatu tentang agama Allah. Oleh itu, seseorang yang bertanya "Di mana Allah?" tidak boleh dihukum sesat atau menyalahi sunnah.
Dengan penjelasan terperinci ini nyatalah bahawa akidah seluruh golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut manhaj atau pemahaman para Salaf as-Soleh (iaitu para sahabah, tabi’ & tabiin), mereka telah sepakat meyakini sebagai akidah bahawa Allah berada di langit yang ketujuh dan bersemayam di atas 'ArasyNya.
ALLAH-HU-A’LAM
Muwahid………..

0 Comments:
Post a Comment
<< Home