:ILTIZAM UKHUWWAH::.

.::Utamakan ISLAM daripada segala-galanya di atas muka bumi ini::.

 
 
 

 
     
   
       
     
  'Serulah (manusia) ke jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang Maha Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (An Nahl: 125)   Sabda Rasulullah S.A.W: 'Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.' (Bukhari & Muslim)        
 

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Assalamualaikum....... Ana adalah seorang insan yang sederhana dan tidak mempunyai sebarang kelebihan yang dapat dibanggakan dan dilebihkan dari saudara-saudara sekalian. Ana hanyalah seorang hamba yang bergantung kepadaNYA dalam setiap urusan hidup..... tidak layak mengatakan bahawa 'aku mampu hidup tanpa bantuan dariNYA'. Bahkan kita semua adalah makhluk yang bergantung hidup kepadanya. Cuba kita fikirkan..... Betapa banyak nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita seperti mata, telinga, hidung, mulut dan anggota badan lainnya....... dan juga nikmat-nikmat lain seperti nikmat udara, bumi tempat berpijak, air yang menghilangkan dahaga, semuanya tidak ternilai harganya...... siapakah yang mampu mencipta udara? atau air? atau anggota badan yang fungsinya sesempurna anggota badan yang dicipta oleh Allah S.W.T? Dan DIA hanya meminta kita melaksanakan beberapa tuntutan kecil sahaja yang faedahnya kembali kepada kita sendiri, bukannya kerana DIA memerlukan kita melakukan semua itu. Allah S.W.T tidak berhajat kepada segala sesuatu...... Fikirkanlah saudara...........

View my complete profile

 

 

 


Link Maklumat Islamiah
Al-Islam.com
Islam Online
IslamWay
E_Ulama
Back to Islam
Islamic Finder
Darul Nu'man
MuslimSources
Maha Suci Allah
Muttaqun.com
ArtIslamic
Online Dictionary


Link Portal Islamiah
IKIM
ABIM
Nurhidayah
Al-Ahkam.net
Musleem.com
MyQalam.net
Radio Tarbiyah


Link Khas Maahadian
Komuniti Khas Bekas Pelajar Maahad
AMAL Network
Laman Web Rasmi SMU(A)MML Kota Bharu
Laman Web Rasmi SMU(A)MMP Kota Bharu
Maahadianz


Link Komuniti Nasyid:-
Komuniti Saff-one Friendz
Komuniti Sahabat Firdaus
Komuniti Sahabat FarEast
Komuniti Sahabat Hijjaz
Komuniti Ukhwah
Komuniti Jalinan Mesra
Komuniti Jalinan.com
TelagaBiru.com
Nasyeed.com
Nasyid.com


Link Kumpulan Nasyid
Raihan
Rabbani
Saujana
Hijjaz
Firdaus
Durrani
Tazakka
Nur Irsyad
Lirik Nasyid


Link Simpan Gambar & HTML Guide
MyPicGallery(jpg)
Quizilla(jpg/gif)
PictureVillage(jpg/gif)
EseePhoto(jpg)
ImageStation(jpg)
EseePhoto(jpg)
ImageShack(jpg/png/gif/bmp/tif/swf)
HTMLBasix
ColorCube


::::Link Khas::::
Harun Yahya Website
Alwan Comics
Animated GIF Tutorial
Games link


 

 

Enter your email address below to subscribe to
.:IltiZam UkhuWWah:.!

Bloglet.com

 
 
Powered by Blogger

 

   

Wednesday, May 25, 2005

Salahkah menjadi kaya?

Salahkah menjadi kaya?

Maszlee Malik



Seringkali apabila perkataan zuhud disebutkan, ramai yang akan terfikirkan kehidupan yang miskin, merempat dan juga tidak berharta benda. Bagi mereka yang beriman dengan mentaliti sebegini, kekayaan akan dilihat sebagai satu “dosa” dan satu perkara yang mencerminkan “kekurangan” iman mereka yang memilikinya. Lebih dahsyat lagi, ada di kalangan umat Islam yang berpandangan bahawa berbicara tentang usaha mencari kekayaan juga merupakan sesuatu yang berdosa dan lagho. Walaupun bukan semua umat Islam berpandangan seperti ini, namun kewujudan mentaliti seumpama ini di kalangan umat Islam, terutamanya di kalangan mereka-mereka yang ikhlas dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah memang ada. Adakah benar teori yang mereka imani itu?


Dr Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya “al-Fataawi al-Mu’asirah” (jil. 2, hal. 415, Kaherah: Dar al-Tawzi’), telah menyebutkan bahawa Islam tidak menghalang umatnya mencari kekayaan. Malah di dalam banyak keadaan, terdapat dalil-dalil, samada dari al-Quran mahupun Hadis yang menunjukkan betapa Syariat Allah membenarkan umat Islam untuk mencari kekayaan, antaranya:

a) Firman Allah S.W.T. dalam menerangkan hal Rasulullah S.A.W., “Dan (ketika) Kami dapati kamu miskin, Kami mengkayakan kamu” (al-Dhuhaa: ayat 8).

Jikalaulah kekayaan merupakan satu dosa, nescaya Allah S.W.T. tidak memberikan kekayaan kepada Rasulullah S.A.W. melalui isterinya Khadijah. Jikalaulah kekayaan juga merupakan satu dosa, nescaya Allah akan mencela kekayaan dan tidak akan menyebutnya di dalam ayat tersebut, apatah lagi menganugerahkannya kepada kekasihNya.


b) Rasulullah S.A.W. telah mengajarkan kepada kita doa yang berbunyi: “Ya Allah, aku pohon padamu ketaqwaan, kemuliaan dan juga kekayaan”. (H.R. Muslim, al-Tarmidhi, Ibn Majah dan Ahmad).

Jikalaulah kekayaan sesuatu yang dosa, mengurangkan iman serta dipandang hina oleh Islam, nescaya Rasulullah S.A.W. tidak akan mengajar kita untuk memohon kekayaan seperti yang terdapat di dalam doa tersebut.


c) Dalil yang ketiga pula ialah hadis riwayat Saad bin Abi Waqqas: “Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang bertaqwa dan yang kaya”. (H.R. Muslim dan Ibn Hibban)

Allah S.W.T tidak akan menyukai sesuatu yang dimurkainya ataupun sesuatu yang diharamkannya. Kedua-duanya bertentangan. Oleh yang demikian, memiliki kekayaan bukanlah sesuatu yang haram, malah sesuatu yang boleh mengundang kesukaan Allah, dengan syarat ianya hendaklah disertai dengan ketaqwaan.


4) Rasulullah S.A.W. juga pernah mengatakan kepada Amru ibn ‘As: “Sebaik-baik harta yang baik adalah yang dimiliki oleh orang yang soleh”. (H.R. Ahmad dengan sanad yang Jayyid, dan al-Hakim yang dikategorikannya sebagai Sahih).

Maknanya di sini, Allah amat sukakan jika harta dunia ini dimiliki oleh hamba-hambaNya yang soleh. Ini kerana, mereka tidak akan menyalah gunakan harta tersebut, dan ianya akan digunakan untuk mensyukuri Allah dan untuk manfaat orang-orang lain juga. Jikalaulah memiliki kekayaan itu haram dan berdosa, nescaya Allah akan mencela sifat orang soleh yang memiliki kekayaan, tetapi hal yang demikian tidak berlaku di dalam Islam.




Contoh dari kalangan sahabat

Tidak dinafikan bahawa Rasulullah S.A.W. selepas kewafatan Khadijah telah menjalani kehidupan yang sederhana. Sewaktu di Madinah pun kehidupan Rasulullah S.A.W. agak sederhana. Tidak dinafikan juga kehidupan ramai sahabat, terutamanya mereka yang asalnya hamba adalah dalam keadaan miskin, sehinggakan kebanyakan daripada mereka dikenali sebagai golongan ahl-Suffah yang tinggal di laman Masjid al-Nabawi. Namun yang demikian, ianya bukanlah mencerminkan kehidupan kesemua sahabat Rasulullah S.A.W. dan juga gaya hidup yang wajib diikuti oleh semua umat Islam. Terdapat di kalangan mereka, para hartawan dan juga peniaga yang kaya raya. Nama-nama seperti Uthman, Abdul Rahman bin Auf, Suhayb al-Rumi, Abu Bakar dan lain-lain lagi adalah nama-nama yang telah menghiasi perjuangan Islam di peringkat awalnya dengan pengorbanan dari sudut material. Siapa tidak kenal dengan pengorbanan Abu Bakar, Umar dan Uthman. Telah menjadi tauladan juga pengorbanan Abdul Rahman bin Auf, seorang saudagar ala-Donald Trumph di dalam lembaran kehidupan muslimin di Madinah. Lebih menarik lagi, di dalam bukunya Fiqh al-Sirah, Dr. Munir Muhammad Gahdban telah membawakan sebuah riwayat bagaimana Rasulullah S.A.W. telah mengatakan: “Jika kamu memberikan pasir kepada Ibn Auf, nescaya dia akan berupaya menukarkannya dengan emas”.

Rasulullah S.A.W. tidak pula melarang para sahabat-para sahabat yang kaya raya ini daripada memiliki kekayaan. Malah jika disaksikan, kekuatan Islam banyak dibina dengan harta-harta para sahabat yang telah disebutkan. Bukankah ini cukup unuk membuktikan bahawa pemilikan kekayaan bukanlah sesuatu yang berdosa dan dilarang oleh Islam.

Fitnah

Walau bagaimanapun, perlu diingat juga, harta juga merupakan fitnah bagi seseorang Muslim di dalam beberapa keadaan. Maksud fitnah di sini ialah, ianya mendedahkan pemiliknya kepada bahaya. Realiti telah menunjukkan bagaimana kerana harta manusia engkar perintah Tuhan seperti Qarun, kerana harta manusia berbalah, kerana harta manusia sanggup berbunuh, kerana harta manusa sanggup menipu dan melakukan jenayah. Harta juga adakalanya menjadikan manusia lupa daratan dan bongkak serta takabur. Adakalanya harta dan kekayaan juga menjadikan manusia semakin jauh dengan Tuhan. Selaras dengan realiti tersebut, Allah S.W.T. telah menyebutkan di dalam al-Quran: “Sesungguhnya hartamu dan juga anak-anakmu adalah fitnah” (al-Taghaabun: ayat 15). Begitu juga firman Allah S.W.T. di dalam surah al-‘Alaq, ayat 6 dan 7: “Ingatlah, sesungguhnya manusia itu melampaui batas, jika dia melihat dirinya telah mencukupi (kaya)”.

Oleh yang demikian, kekayaan dan harta yang dimiliki oleh seseorang Muslim sewajarnya dijadikan alat untuk mereka semakin mendekatkan diri kepada Allah dengan mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan itu. Umat Islam juga wajar sentiasa beringat bahawa harta yang mereka miliki itu hanyalah pinjaman dari Allah yang bila-bila masa sahaja akan diambil semula. Mereka juga wajar sentiasa sedar bahawa harta dan kekayaan yang mereka miliki juga adalah amanah yang akan disoal oleh Allah di Padang Mahsyar nanti.


Di dalam Hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W telah mengingatkan para sahabatnya dan juga kaum muslimin bahawa antara empat soalan yang akan ditanyakan di Padang Mahsyar ialah perihal: “Harta, dari mana sumber ia diperolehi dan kemanakah ianya dibelanjakan”. Oleh yang demikian, wajib ke atas setiap muslim agar menjaga sumber harta kekayaannya. Walaupun menjadi kaya tidak dilarang oleh Islam, namun kekayaan tersebut hendaklah dari sumber yang halal dan jauh dari unsur-unsur syubahat. In kerana harta yang haram, tempatnya hanyalah di neraka!

Umat Islam juga perlu menjaga ke mana hartanya dibelanjakan. Ramai orang yang begitu menjaga sumber harta, tetapi tidak begitu mengambil berat kemanakah hartanya dibelanjakan. Perbelanjaan ke jalan-jalan yang haram dan juga syubhat. Ini kerana kita akan dipersoalkan tentang setiap sen daripada harta yang kita belanjakan.



Kelebihan menjadi kaya

Kekayaan juga merupakan satu kelebihan bagi mereka yang memilikinya dari kalangan umat Islam untuk menambahkan pahala dan mendekatkan diri mereka kepada Allah. Bagaimana tidak, dengan harta yang banyak seseorang akan berupaya menjalankan dua daripada rukun Islam yang asasi. Yang pertamanya ialah membayar zakat, seseorang yang tidak mempunyai harta yang cukup nisab tidak akan mampu untuk membayar zakat. Untuk mencapai nisab, seseorang itu perlu memiliki harta yang banyak. Yang keduanya pula ialah menunaikan haji ke Mekah. Jika seseorang itu tidak mampu dia tidak diwajibkan untuk menunaikan haji (dan kemampuan seperti mana yang didefinisikan oleh Imam al-Nawawi berdasarkan hadis-hadis yang sahih di dalam bukunya “al-‘Umdat”, adalah bekalan dan juga kenderaan untuk sampai ke Mekah).

Kekayaan dan harta yang lebih juga boleh memberikan peluang kepada seseorang muslim untuk melakukan amalan yang amat disukai oleh Allah S.W.T., iaitu infaq (mengorbankan harta) di jalan Allah untuk kerja-kerja dakwah, aktiviti-aktiviti keIslaman dan juga berjihad. Allah S.W.T. memuji mereka yang melakukan infaq di dalam firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, hendakkah kamu Aku tunjukkan perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ?, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itu lebih baik, jika kamu mengetahuinya” (surah al-Saff: ayat 10). Begitu juga dengan banyak lagi ayat-ayat lain serta hadis-hadis yang seumpama dengannya.

Kekayaan yang dimiliki juga membolehkan seorang muslim berderma dan melakukan amal jariah. Amal jariah seperti yang telah diperingatkan oleh Rasulullah S.A.W. merupakan bekalan untuk para muslim selepas kematian mereka. Bagaimanakah seseorang boleh melakukan amal jariah jika dia tidak berharta? Lihat sahajalah hadis riwayat Abu Dhar bagaimana sahabat-sahabat Ahl al-Suffah berasa iri hati oleh kemampuan para sahabat-sahabat yang kaya yang mampu untuk beramal seperti mereka (ahl al-Suffah) dan juga berderma, walhal golongan ahl al-Suffah hanya mampu beramal dan tidak mampu berderma (Lihat hadis no. 25 dari hadis 40 Nawawi, yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Dhar). Akhirnya, Rasulullah S.A.W. terpaksa menenangkan mereka dengan kata-katanya, “itulah kelebihan yang Allah S.W.T. berikankepada sesetengah hambaNya”.



Hak harta di dalam Islam

Jika kita mempunyai harta yang banyak @ kaya, perlu juga diingatkan hak harta kita yang pasti akan dipersoalkan oleh Allah S.W.T. di akhirat nanti. Apakah hak-hak tersebut?

Bagi Ali, Hassan dan juga Abu Dhar mereka mempunyai pandangan mereka yang tersendiri. Bagi mereka, pemilikan harta mempunyai had maksimanya. Jika seseorang telah memiliki harta melebihi had maksimanya, dia wajib menyerahkan hartanya kepada Baytul Mal. Ide mereka inilah yang kemudiannya dikongsi bersama oleh para penganut faham Sosialime. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika kita dapati para sosialis Muslim ramai yang menjadikan Abu Dhar sebagai ikon mereka. Pendapat ini walau bagaimanapun bukanlah pendapat majoriti umat Islam dan bukanlah pendapat yang paling tepat.

Majoriti para sahabat dan juga para mujtahidin berpendapat, kekayaan tiada had maksimanya selagimana tuan punya harta menunaikan hak-hak hartanya sepertiman yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. Antara hak-hak harta ialah :

a) Dikeluarkan zakat jika telah melebihi nisab zakat. Samada ianya berupa zakat harta, zakat pertanian, zakat perniagaan mahupun zakat fitrah.
b) Diinfaqkan di jalan Allah dengan membantu usaha-usaha penyebaran agama Islam dan juga aktiviti-aktiviti dakwah dan jihad sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Abu Bakar, Umar dan juga Abdul Rahman bin ‘Auf.
c) Didermakan kepada fakir miskin dan juga mereka yang tidak berkemampuan. Ini merupakan sebahagian daripada manifestasi sikap bersyukur ke atas harta yang telah dikurniakan oleh Allah kepada pemiliknya.
d) Memberikan pinjaman kepada mereka yang tidak berkemampuan dan datang meminta kepada kita untuk berhutang. Malah dalam hadis Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. telah menjanjikan bantuan Allah di akhirat nanti bagi mereka yang meringankan beban saudaranya di dunia.
e) Pemilik harta hendaklah menyedari bahawa hartanya bukanlah miliknya, tetapi amanah yang Allah beikan kepadanya, maka dia tidak berhak untuk bersikap bakhil terhadap hartanya.
f) Ianya didapati dari sumber yang halal dan dibelanjakan ke jalan yang halal juga.
g) Ianya tidak akan melekakan pemiliknya dari membuat amal, malah ia menjadi motivasi bagi pemiliknya untuk menambahkan amalan melalui harta tersebut.



Di sana terdapat banyak lagi panduan bagaimanakah harta boleh dimanfaatkan untuk Islam dan juga untuk membina masa depan yang lebih indah bagi pemiliknya di akhirat nanti. Artikel ini hanya menyentuh sebahagian kecil darinya. Semoga para pembaca akan lebih berusaha untuk mencari panduan-panduan tersebut, terutamanya melalui tulisan-tulisan al-Qaradawi dan lain-lain ulama kontemporer. Jika yang demikian, apa yang anda tunggu lagi?, jom jadi kaya!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Online Radio
Palestin Kini
Info Palestina
Harakah Daily
PAS Website
Tranung Kite